Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Streram failkan saman fitnah RM7.6 juta terhadap SPR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Streram failkan saman fitnah RM7.6 juta terhadap SPR

7 Mei 2018
   
Calon PKR DUN Rantau Dr S Streram hari ini memfailkan saman misfeasans dalam jawatan pejabat awam sebanyak RM7.6 juta terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengurus pilihan raya Amino Agos Suyub kerana menghalangnya bertanding.
Beliau memfailkan saman itu melalui firma Tetuan Haniff Khatri & Co di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam pernyataan tuntutannya, Streram mendakwa bahawa defendan gagal menunaikan tanggungjawab di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958, yang mengakibatkan dirinya tidak dapat bertanding di kerusi negeri selepas memperoleh watikah pelantikan daripada partinya.

Susulan itu, Menteri Besar Sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan memenangi kerusi Rantau tanpa bertanding.
Streram berkata beliau telah membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk pendaftaran pencalonannya dan RM3,000 lagi untuk deposit bahan kempen pada 25 April.

Beliau mendakwa dirinya tidak dimaklumkan bahawa pas SPR diperlukan untuk tujuan memasuki pusat penamaan calon.
Selain itu, Streram juga membuat dua laporan polis terhadap pegawai pengurus pilihan raya itu dan SPR mengikut Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan kerana mengganggu proses demokrasi parlimen dengan tidak membenarkannya menjadi calon.
Malaysiakini


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IjLlOp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.