Tranformasi Lebih Baik Daripada Ubah
Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dimulakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009 adalah satu program lengkap memperbaiki tadbir urus kerajaan menjadi lebih cekap dan sistematik selaras dengan misi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Barisan Nasional (BN) sentiasa memastikan program yang dilaksanakan memberikan kebaikan kepada rakyat serta ia akan meringankan beban rakyat. Berbanding dengan parti pembangkang yang bersandarkan kepada slogan Ubah yang hanya mempunyai matlamat untuk menjatuhkan kerajaan BN semata mata.
Slogan Ubah tidak mengubah rakyat menjadi lebih baik sebaliknya ia akan meletakkan rakyat semakin dalam kesusahan kerana Ubah akan melaksanakan perkara yang menjejaskan perpaduan kaum yang harmoni di negara ini. Sebenarnya, dalam negara ini, BN sudah tidak perlu diubah kerana prestasi cemerlang memerintah negara serta memenuhi keperluan di seluruh negara.
Apa yang cuba diketengahkan oleh pembangkang Pakatan Harapan (PH) ialah ubah atau bina semula negara negara ini. Bermakna PH berniat mahu ubah semua benda yang ada sekarang dan bina balik dengan acuan baru. Bina balik ikut acuan liberal, pluralisme, Malaysian Malaysia dan acuan yang dimahukan oleh Evangelis DAP.
PH yang dikuasai DAP akan ditadbir oleh Perdana Menteri yang ikut telunjuk parti cauvinis Cina itu. Mahathir akan akur untuk pinda Perlembagaan Persekutuan untuk lupuskan perkara berkaitan hak istimewa untuk orang Melayu dan Bumiputera.
Kuasa dan penghormatan berkaitan Raja-Raja Melayu juga akan dicabar jika PH berkuasa. Prinsip Malaysian Malaysia yang masih utuh dipegang oleh DAP dalam perjuangan politiknya akan dilaksanakan. Dalam perkhidmatan awam, ramai akan dibuang. Ramai orang Melayu akan hilang kerja jika PH perintah.
Difahamkan dalam satu Perjanjian bersama dengan parti dalam PH, yang ditandatangani dalam parti-parti sekutu dalam PH, antara PKR, DAP, PAN dan PPBM dimeterai untuk meminda Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam adalah sebagai Agama Persekutuan.
Mereka hendak ubah dengan meletakkan perkataan bebas dalam ayat 'Islam ialah agama bagi Persekutuan : tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan'. Ayat asal dalam Perlembagaan tidak ada perkatan bebas dan harmoni.
Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh PH, ia diubah kepada 'Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas dan harmoni di negara ini sejajar dengan Perkara 3'. Mengapa mereka hendak pinda dengan meletakkan perkara bebas dan harmoni berkenaan?
Dengan meletakkan perkataan bebas, PH telah melanggar prinsip Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan itu akan meningkat risiko provokasi dan suasana hubungan antara kaum yang tidak stabil.
Mahathir sendiri turut menandatangani perkara ini.
Lihat perjanjian berkenaan di link berikut :- https://ahmadalikarim.wordpress.com/2017/01/02/perjanjian-dap-pkr-pan-ppbm-untuk-meminda-perkara-31/.
Ini bahayanya Ubah berbanding transformasi. Segala benda hendak diubah oleh PH. Kerana kemaruk kuasa, Mahathir sanggup ubah. Menariknya DAP tidak ubah pun, tetap dengan pendiriannya. Virus ubah DAP ini kena pada Mahathir. Untuk mendapatkan kuasa apa sahaja boleh dilakukan.
Sabtu lepas, Mahathir tiba-tiba melawat kubur bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor di Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena, Kedah. Kenapa sudah hampir hari mengundi iaitu pada Rabu depan, baru Mahathir hendak lawat kubur bekas seteru politiknya itu.
Allahyarham meninggal dunia ada tahun 2002, kenapa selama 16 tahun lepas Mahathir tidak mahu datang dan melawat kubur pemimpin PAS itu. Mahathir lawat sebab ada kepentingan. Arwah Fadzil Noor & Nik Aziz bukan meninggal semalam atau dua hari lepas, perangai Mahathir tiba tiba berubah kerana hendak pada kuasa.
Ini kerana anak Allahyarham, Faiz Fadzil bertanding sebagai calon PH di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang. Mahathir juga ada merancang mahu lawat kubur bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tapi dihalang oleh ahli keluarganya. Anak Nik Aziz, Nik Omar juga ada bertanding sebagai calon untuk PH untuk DUN Cempaka, dalam Parlimen Pengkalan Chepa.
Anak Nik Aziz, Nik Adli, kata Mahathir boleh lawat kubur ayahandanya tapi selepas PRU14 tidak kira beliau kalah atau menang. Kalau lawat sekarang, Mahathir ada kepentingan. Apa sahaja berkaitan slogan Ubah akan membawa kepada kehancuran. Jangan bagi PH buat kehancuran berterusan dalam negara ini jika mereka menang PRU14 nanti.
Program GTP yang dilaksanakan oleh BN oleh Najib lebih sesuai dan tepat untuk negara dengan program pembangunan terancang. Tambahan lagi, perkembangan GTP dibentangkan oleh Najib dalam satu majlis pembentangan laporan transformasi itu pada setiap tahun untuk semua rakyat.
Dengan #BersamaBN #HebatkanNegaraku rakyat akan menerima pembangunan yang menyeluruh kerana BN #DahulukanRakyat.
Pilih program transformasi yang beri kebaikan berpanjangan kepada rakyat dan setiap lapisan generasi, bukan slogan yang mengubah pemimpin menjadi seorang yang berbeza 360 darjah sampai sanggup bersekongkol dengan musuh semata-mata demi ideologi politik dan kuasa.
Beruang Biru
Isnin
7 Mei 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IxfHgg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment