Anwar tidak setuju kritik Agong
Anwar tidak setuju kritik Agong. PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik tindakan bekas pengarang, Datuk A Kadir Jasin yang mempertikaikan hak dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Anwar berkata, tidak wajar untuk Kadir menggunakan hak dan kebebasannya untuk menyerang institusi Raja-Raja Melayu dengan fakta-fakta yang boleh dipertikaikan.
“Saya tidak menafikan hak seseorang menulis dan berbicara tetapi untuk menyerang dan menghina raja-raja dengan fakta dipertikai dan maksud untuk menimbulkan permasalahan dalam negara kurang wajar,” katanya dalam sidang media, di Hotel One World, hari ini.
Anwar berkata, pihaknya tanpa mendapat arahan mana-mana pihak berusaha keras memberi keyakinan kepada institusi raja bahawa Harapan akan membela hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
“Kami sudah bekerja keras untuk dapatkan penghargaan daripada Raja-raja Melayu, untuk mengubah kerajaan yang sudah 60 tahun mentadbir, serta meluangkan banyak masa dengan Raja-raja Melayu.
“Esok saya akan bertemu dengan Sultan Kedah, Terengganu dan Perak. Saya lakukan semua ini dengan hubungan yang saya ada untuk membantu kerajaan dan perdana menteri supaya ada peralihan yang aman,” katanya. - Sinar Harian

✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JFmmCt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment