Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP Umum Prestasi Operasi Untuk S1 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP Umum Prestasi Operasi Untuk S1 2018

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaporkan peningkatan 80.58 peratus dalam jumlah penggunaan perkhidmatan elektronik utamanya i-Akaun dalam suku tahun pertama (S1 2018) Operasi kepada 11.12 juta dari 6.16 juta dalam suku tahun yang sama tahun lepas.

Sehingga akhir Mac 2018, sebanyak 5.06 juta ahli telah berdaftar dengan i-Akaun, mewakili 36.38 peratus dari keseluruhan jumlah ahli KWSP.  KWSP juga merekodkan peningkatan mendadak dalam jumlah muat turun aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ kepada 2.36 juta sejak ianya diperkenalkan pada 2014. Beberapa penambahbaikan telah diperkenalkan ke atas
i-Akaun bagi memudahkan ahli untuk menerima maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan KWSP secara ‘real-time’ serta lain-lain pengumuman.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Dato’ Mohd Naim Daruwish berkata, “KWSP telah memperkenalkan beberapa penambahbaikan ke atas saluran perkhidmatannya berikutan jumlah ahli dan majikan yang meningkat setiap suku tahun.  Kami lebih mengkhususkan kepada perkhidmatan i-Akaun berikutan peranannya sebagai gerbang utama untuk ahli dan majikan menyemak akaun masing-masing selain mengakses perkhidmatan dalam talian lain seperti e-Pengeluaran dan e-Caruman.

“Selain daripada itu, kami amat sukacita dengan peningkatan mendadak dalam penggunaan i-Akaun oleh majikan yang berdaftar dengan KWSP. Kemudahan ini, yang juga terdapat dalam versi aplikasi mudah alih, sangat membantu majikan dalam mengemukakan maklumat caruman pekerja mereka serta membuat pembayaran dalam talian.  Ia juga dapat mengurangkan kesilapan selain memastikan majikan tidak tertunggak dalam membuat bayaran caruman mereka setiap bulan.”

Sehingga akhir Mac 2018, sebanyak 433,691 atau 99.95 peratus majikan telah menggunakan saluran elektronik KWSP, termasuk e-Caruman, untuk mengemukakan maklumat caruman pekerja mereka, manakala 333,550 atau 77.22 peratus menggunakan sistem e-Bayaran untuk membuat bayaran caruman.

Di dalam suku tahun yang dikaji, jumlah pelawat ke laman myEPF meningkat 29.11 peratus kepada 8.66 juta dari 6.71 juta dalam suku tahun yang sama tahun lepas.  Penggunaan Kios KWSP pula menurun sebanyak 11.22 peratus dari 3.81 juta dalam S1 2017 kepada 3.38 juta dalam S1 2018.

Jumlah pelawat ke kaunter KWSP menurun 12.88 peratus dari 929,729 dalam S1 2017 kepada 810,022 dalam S1 2018, seterusnya menunjukkan pilihan ahli yang lebih cenderung untuk menggunakan platform dalam talian untuk berinteraksi dengan KWSP. Jumlah panggilan yang diterima oleh Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP pula meningkat 15.43 peratus kepada 425,873 pada S1 2018.

Setakat akhir Mac 2018, jumlah ahli KWSP adalah 13.91 juta, di mana 7.18 juta adalah pencarum aktif di mana 148,212 adalah ahli baru berdaftar.  Dalam suku tahun yang dikaji juga melihat kenaikan sebanyak 11.90 peratus dalam jumlah majikan baru berdaftar kepada 18,810 dari 16,246 dalam S1 2017, seterusnya menjadikan keseluruhan jumlah majikan berdaftar dengan KWSP sebanyak 498,097 sehingga akhir Mac 2018.

Selaras dengan kenaikan jumlah ahli, KWSP telah merekodkan kenaikan 10.83 peratus dalam jumlah caruman diterima dalam suku tahun pertama kepada RM19.24 bilion dari RM17.36 bilion yang direkodkan dalam suku tahun yang sama tahun lepas, seterusnya membawa kepada jumlah caruman terkumpul kepada RM774.48 bilion.

Jumlah permohonan diluluskan untuk semua jenis pengeluaran dalam S1 2018 meningkat 9.52 peratus kepada 644,715 dari 588,659 dalam S1 2017.  Ini melibatkan jumlah pengeluaran dalam S1 2018 sebanyak RM13.42 bilion, berbanding RM14.10 bilion dalam suku tahun yang sama dalam 2017.

Jumlah ahli yang memilih untuk membuat pengeluaran secara fleksibel juga telah meningkat berbanding ahli yang membuat pengeluaran penuh.  Dalam S1 2018, jumlah permohonan diluluskan untuk Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun meningkat 21.77 peratus kepada 68,101 dari 55,925 permohonan diluluskan dalam suku tahun yang sama pada 2017.  Jumlah pengeluaran di bawah skim tersebut adalah RM3.06 bilion berbanding RM2.21 bilion dalam S1 2017 (S4 2017: 44,554; RM1.80 bilion).

Dato’ Mohd Naim berkata peningkatan dalam permohonan untuk pengeluaran fleksibel adalah disumbang oleh peningkatan kesedaran di kalangan ahli untuk membuat pengeluaran simpanan secara beransur-ansur supaya baki simpanan masih boleh menerima dividen. 

“Dengan cara ini, ahli boleh mengembangkan lagi simpanan mereka dan hanya mengeluarkan jumlah mengikut keperluan hidup persaraan mereka,” beliau berkata sambil menggalakkan ahli untuk mendapatkan pandangan daripada pegawai Khidmat Nasihat Persaraan KWSP di mana-mana 28 cawangan di seluruh negara berkenaan pilihan mereka sebelum bercadang untuk membuat pengeluaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (CMC) di 03-8922 6000 atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP seluruh negara. Untuk mendaftar i-Akaun, ahli perlu mendapatkan kod pengaktifan melalui Kios KWSP, kaunter KWSP atau menghubungi CMC dar 8 pagi hingga 6 petang setiap hari bekerja.  Ahli juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi i-Akaun secara percum melalui Google Play atau Apple App Store.

Q1 2018 Statistik Operasi-Petunjuk (1-5)

Q1 2018 Statistik Operasi-Petunjuk (6)

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sQNU1C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.