Vivo Melancarkan Vivo Nex – Telefon Pintar Nirbingkai, Skrin Menyeluruh Tanpa Takuk
Vivo pada MWC bulan Februari lepas telah memperlihatkan Vivo Apex yang hadir dengan rekaan skrin menyeluruh tanpa sebarang gangguan seperti takuk dan sebagainya. Ketika itu, ia hanya dipanggil sebagai peranti prototaip, tetapi hal berkenaan berubah hari ini.
Vivo hari ini telah pun melancarkan telefon pintar yang dinamakan Vivo Nex di China. Seperti Apex, ia hadir dengan rekaan skrin menyeluruh tanpa sebarang takuk. Vivo mengatakan nisbah skrin ke badan adalah sekitar 91.24% untuk peranti ini. Ia sedikit rendah berbanding peranti konsep Apex sebelum ini kerana kehadiran dagu kecil pada peranti ini.
Untuk mencapai rekaan ini, Vivo memilih untuk menyembunyikan kamera hadapan melalui sebuah bahagian pop-up pada bahagian atas. Ini sekaligus membolehkan kamera dikeluarkan dan disembunyikan dengan mudah.
Dari segi spesifikasi, Vivo Nex hadir dengan skrin 6.59-inci, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, storan 256GB, dan bateri 4000mAh. Ia turut hadir dengan variasi berharga sedikit rendah dengan penawaran Snapdragon 710, memori 6GB RAM, storan 128GB.
Untuk rakaman gambar, Vivo Nex hadir dengan kamera utama 12-megapixel dan 5-megapixel dibelakang, sementara kamera 8-megapixel yang boleh disembunyikan untuk rakaman swafoto.
Vivo turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, selain bicu audio 3.5mm.
Buat masa ini, Vivo hanya memasarkan peranti ini untuk pasaran China sahaja. Di sana, Vivo Nex dijual pada harga mencapai 4,498 yuan iaitu sekitar RM2805.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2l2TYj9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment