Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Memperlihatkan Teknologi Pembesar Suara Terbina Dalam Skrin Telefon Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Memperlihatkan Teknologi Pembesar Suara Terbina Dalam Skrin Telefon Pintar

Xiaomi Mi MIX ialah peranti yang tidak mempunyai pembesar suara fizikal untuk gagang telinga. Sebaliknya sistem piezoelektrik digunakan sebagai ganti. Dari pengalaman peribadi, sistem ini tidak sebaik pembesar suara fizikal. Samsung mempunyai teknologi pembesar suara terbina dalam skrin yang mungkin akan digunakan pada Galaxy S10 kelak.

Di acara Society of Information Displays yang berlangsung bulan lalu, Samsung memperlihatkan teknologi Sound on Display. Sebuah Galaxy S8 diubahsuai dengan pembesar suara untuk gagang telinga terletak di dalam skrin. Dengan penggunaan teknologi ini, tidak mustahil sebuah peranti dengan peratusan skrin yang tinggi dihasilkan oleh Samsung.

Pada waktu yang sama televisyen Sony dan Vivo NEX telahpun menggunakan teknologi pembesar suara terbina dalam skrin ini. Memandangkan Galaxy S10 (Galaxy X) dijangka membawakan perubahan besar pada rekaan telefon pintar, kemungkinan Sound on Display digunakan adalah agak tinggi.

Turut diperlihatkan ialah teknologi Aqua Force Sensor yang membolehkan skrin digunakan ketika di bawah permukaan air. Skrin mampu mengesan tekanan dan butang antaramuka boleh digunakan seperti biasa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2l57ORX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.