Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misteri jenazah bayi hilang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misteri jenazah bayi hilang

Misteri jenazah bayi hilang. MISTERI kehilangan jenazah bayi perempuan yang baru dikebumikan lima hari lalu di tanah perkuburan Islam di Kulim menjadi tanda tanya orang ramai selain tidak menolak dimakan haiwan.


Misteri jenazah bayi hilang


Menurut sumber, kehilangan jasad bayi itu hanya diketahui orang awam selepas melihat kain kafan berada di atas tanah perkuburan selain kawasan kubur bayi itu berlaku mendapan pada 7 malam kelmarin.

Sumber berkata, ketika kejadian itu, kebetulan ada majlis tahlil di masjid terbabit yang turut dihadiri ahli jawatankuasa (AJK) masjid.

Menurutnya, orang ramai kemudian memaklumkan kepada AJK sebelum mereka ke kubur itu dan terkejut melihat kesan mendapan dan kain kafan berselerakan.

“Mereka kemudian menggali semula kubur untuk mencari jenazah bayi itu namun gagal menemuinya.

“AJK masjid kemudian meminta orang awam terbabit membuat laporan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat.

Katanya, pihaknya sudah menghubungi pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) yang menjalankan siasatan di tempat kejadian semalam dengan bantuan imam masjid terbabit.

“Hasil pemeriksaan tidak menunjukkan tanda positif dan dipercayai adalah daripada tindakan binatang kerana terdapat kesan gigitan pada kain kafan,” katanya. - myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JGWu9p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.