Huawei Menyasarkan Untuk Memasarkan Sekitar 200 Juta Unit Telefon Pintar Pada Tahun Ini
Huawei merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti yang memperlihatkan peningkatan pegangan pasaran yang positif dari tahun ke tahun. Dengan hasrat untuk mendahului pihak Apple, kini Huawei menyasarkan untuk memasarkan sekitar 200 juta unit telefon pintar pada 2018 ini.
Huawei pada 2017 yang lepas telah memasarkan sekitar 153 juta unit telefon pintar, sekaligus menduduki tangga ketiga dalam arena pengeluar peranti – hanya dibelakang Samsung dan Apple.
Pada tahun ini sahaja, Huawei telah hadir dengan Huawei P20 Pro yang menewaskan pelbagai peranti lain dalam sokongan rakaman gambar. Selain daripada itu, Huawei melalui sub jenama Honor turut telah mula memasarkan sejumlah peranti menarik seperti Honor 10 dan juga Honor Play.
Dengan populariti jenama Huawei pada peringkat global, berkemungkinan pengeluar peranti ini akan terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena telefon pintar dan mungkin akan berjaya mendahului Apple dari segi unit peranti yang dipasarkan dalam setahun dua lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JF6Iaq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment