Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cadangan Akses Internet Sebagai Hak Asasi Dibawah Perlembagaan Malaysia Akan Dibawa Ke Kabinet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cadangan Akses Internet Sebagai Hak Asasi Dibawah Perlembagaan Malaysia Akan Dibawa Ke Kabinet

Dengan arena internet yang berkembang pesat dari hari ke hari, kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan bakal membawa dan membentangkan cadangan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan – sekaligus menambah hak untuk akses ke capaian internet diletakkan sebagai salah satu hak asasi rakyat di Malaysia.

Sekiranya akses internet menjadi hak asasi dibawah Perlembagaan, ia secara tidak langsung akan membuatkan kerajaan negeri dan persekutuan menjadi lebih serius dalam menghubungkan semua rakyat Malaysia ke internet.

Ini juga sekaligus akan membawa kepada harga yang lebih mampu milik untuk akses internet, disamping perkhidmatan internet yang lebih baik kepada pengguna.

Secara tidak langsung ia akan turut mempertingkatkan ekonomi digital di Malaysia dan membolehkan semua rakyat turut mengambil bahagian didalamnya.

Apapun, seperti biasa, ia masih pada peringkat cadangan awal dan perlu dibangkitkan di Kabinet terlebih dahulu untuk melihat sama ada cadangan ini disokong ahli Parlimen atau tidak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sPFSGi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.