Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Dikatakan Mula Memperkenalkan Cip Pemproses Grafik Turing Kepada Rakan Pembina Kad Grafik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Dikatakan Mula Memperkenalkan Cip Pemproses Grafik Turing Kepada Rakan Pembina Kad Grafik

Pada minggu lalu, CEO NVIDIA, Jensen Huang menyatakan bahawa kad grafik generasi terbaru NVIDIA tidak akan hadir dalam masa yang terdekat ini.

Akan tetapi, baru-baru ini, Tom’s Hardware Germany melaporkan bahawa pihak NVIDIA sudahpun berada dalam perbincangan dengan rakan-rakan pembuat kad grafik untuk membina kad grafik generasi akan datang mereka yang diberikan nama kod “Turing”.

Menurut laporan Tom’s Hardware, syarikat-syarikat pembina ini sudahpun diberi dokumen “Bill of Materials” yang boleh membantu mereka membina kad grafik terbaru ini.

Ia juga dikatakan bahawa kad-kad grafik pertama “Turing” yang akan hadir di pasaran ini iaialh kad grafik siri Founders Edition yang biasanya dikeluarkan dulu oleh pihak NVIDIA, dan rekaan khusus akan datang kemudian.

Buat masa ini, pihak NVIDIA masih belum mengesahkan lagi jika model kad grafik “Turing” ini akan menggunakan nama GeForce GTX 11XX ataupun GTX 20XX.

Dari segi tarikh pengeluaran pula, ia dikatakan bahawa syarikat-syarikat ini akan mengambil masa dua ke tiga bulan untuk mengilangkan kad-kad grafik tersebut, jadi mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai kad-kad grafik tersebut lebih dekat kepada suku ketiga tahun ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JN8VUC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.