Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Selamat Tinggal Yahoo! Messenger.” Selepas 20 Tahun Berkhidmat, YM Akan Menamatkan Operasinya Pada 17 Julai Ini.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Selamat Tinggal Yahoo! Messenger.” Selepas 20 Tahun Berkhidmat, YM Akan Menamatkan Operasinya Pada 17 Julai Ini..



JIKA anda berusia 20 tahun ke atas, pasti anda pernah menggunakan aplikasi ‘chat room’ atau ruang bersosial, Yahoo! Messenger suatu masa dahulu.

Aplikasi tersebut telah berjaya mengeratkan hubungan rakan-rakan, ahli keluarga mahupun kenalan baharu seluruh dunia.


Namun, ini berita sedih buat anda yang pernah menggunakan khidmat Yahoo! Messenger.

Tanggal 17 Julai ini, Yahoo! Messenger akan menghentikan operasinya pada 17 Julai ini.

Image result for After 20 years, Yahoo Messenger will shut down on July 17

Buat anda yang masih mempunyai mesej-mesej kenangan manis dalam aplikasi itu, anda boleh muat turun mesej tersebut ke dalam komputer peribadi anda sehingga November ini.


Pastinya, ramai yang tidak akan dapat melupakan emoji Yahoo! Messenger untuk menggambarkan emosi ketika sedang berinteraksi chat room YM.

Emoji 'smiley', 'lovestruck', 'call me', 'hug me', 'blushing', 'clown' dan 'surprise' begitu ikonik!


Yahoo dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menghargai pengguna Yahoo! Messenger sejak awal penubuhannya pada tahun 1997.

“Oleh kerana landskap komunikasi yang kian membangun, kami lebih memfokuskan untuk mencipta dan memperkenalkan rekaan aplikasi terbaharu yang lebih memenuhi kehendak pengguna,” katanya.


Tambahnya, penghentian operasi Yahoo! Messenger tidak akan menjejaskan servis aplikasi lain seperti Yahoo Mail dan Yahoo Fantasy.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JwBYwd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.