Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerentanan Bootloader Pada OnePlus 6 Ditemui Membawa Kepada Masalah Sekuriti Serius - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerentanan Bootloader Pada OnePlus 6 Ditemui Membawa Kepada Masalah Sekuriti Serius

Pada pelbagai telefon pintar Android, ia hadir dengan bootloader yang telah dikunci untuk tujuan sekuriti. Dengan langkah ini, ia sekaligus mengelak sebarang perisian pihak ketiga dipasang – selain data daripada peranti berkenaan diakses oleh pihak ketiga yang mempunyai akses fizikal ke peranti berkaitan.

Walaubagaimanapun, hal berkenaan dilihat tidak berlaku untuk OnePlus 6. Melalui kerentanan yang ditemui oleh pengkaji sekuriti, ia dilihat OnePlus 6 membolehkan sesiapa sahaja menjalankan kod pada peranti berkenaan walaupun dikunci, sekaligus mengakses kepada data dalam peranti berkenaan, atau mengubah sistem.

OnePlus 6

Seperti kebiasaan, untuk menjalankan kod berkaitan, seseorang pengodam memerlukan akses fizikal kepada peranti berkenaan.

Kerentanan ini boleh dikatakan agak serius, dan menjadi persoalan bagaimana pihak OnePlus boleh terlepas pandang masalah serius ini pada peranti OnePlus 6 mereka yang terbaru ini.

Bercakap mengenainya, pihak OnePlus mengatakan mereka telah menghubungi pengkaji sekuriti berkaitan, dan akan menawarkan kemaskini sekuriti untuk OnePlus 6 tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JqJw3r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.