LG G8 ThinQ Mungkin Akan Menggunakan Panel LCD Dengan Resolusi 4K
LG G7 ThinQ baru sahaja dilancarkan bulan lepas dan ia adalah telefon kelas utama LG yang menggunakan panel LCD. Ini kerana LG hanya akan menggunakan panel OLED untuk peranti siri V mereka sahaja. Terkini ura-ura mengenai panel yang mungkin akan digunakan pada LG G8 ThinQ muncul di arena web.
Rumors LG G8 Will Adopt 4K Resolution LCD Screen
— Ice universe (@UniverseIce) June 6, 2018
Menurut kicauan Ice Universal, LG dikatakan mungkin akan menggunakan panel LCD dengan resolusi 4K pada LG G8 ThinQ akan datang. Ada kebaikan dan juga keburukan penggunaan panel LCD ini, antara kebaikannya adalah pengalaman realiti maya yang baik dengan kurang masalah mabuk pergerakan (motion sickness). Manakala antara keburukannya adalah pengalaman melihat kandungan peranti tidak akan secantik atau mengagumkan seperti OLED/AMOLED.
Bilakah LG akan melancarkan peranti ini? Tiada lagi berita atau apa-apa informasi selain ura-ura penggunaan LCD ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JLaXEG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment