Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima jam disiasat SPRM, ini respon Rosmah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima jam disiasat SPRM, ini respon Rosmah

Lima jam disiasat SPRM, ini respon Rosmah. PUTRAJAYA - Selepas kira-kira lima jam disoal siasat, isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.


Lima jam disiasat SPRM, ini respon Rosmah


Rosmah meninggalkan ibu pejabat SPRM kira-kira jam 3.43 petang tanpa sebarang komen, namun beliau kelihatan tenang ketika melangkah masuk ke kereta yang sedia menantinya di lobi.

Peguam yang mewakilinya, Datuk K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent berkata, anak guamnya selesai memberi keterangan lebih tiga jam kepada pihak pegawai penyiasat.

“Beliau (Rosmah) juga bersedia memberi kerjasama sepenuhnya untuk siasatan lanjut pada masa akan datang,” katanya.

Mereka bagaimanapun, enggan menjawab sebarang soalan daripada pihak media.

Terdahulu, Rosmah tiba pada jam 10.40 pagi ditemani anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu, Daniyar Kessikbayev warganegara Kazakhstan.

Sebelum ini, Najib turut dipanggil dua kali berhubung kes yang sama oleh SPRM pada 22 dan 24 Mei 2018.

Pada Jumaat lalu, SPRM mengeluarkan notis terhadap Rosmah supaya hadir memberi kenyataannya berkaitan skandal tersebut.

Notis itu disampaikan pegawai SPRM di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebelum ini mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

SRC International Sdn Bhd merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sMRqdn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.