Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tajul Sudah Kahwin? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tajul Sudah Kahwin?



PENYANYI Tajul enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia sudah berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie berdasarkan rakaman video yang tersebar. 

Dalam rakaman itu, Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, yang juga adik kepada kepada Allahyarham Achik Spin menyebut perkataan ‘wife’ yang ditujukan kepada wanita yang berada di sebelahnya. Malah, status profil wanita itu di laman Instagram yang menggunakan akaun @icaaeddie meletakkan tanda #T Love #immarried.

“No komen,” katanya ringkas. Ditanya mengenai panggilan ‘wife’ itu, Tajul yang popular menerusi lagu Sedalam Dalam Rindu berkata ia sekadar gurauan.

“Saya belum berkahwin lagi. Insya-Allah selepas habis kontrak dengan syarikat rakaman FMC nanti. Sekarang, tinggal tiga tahun lagi. Mengenai panggilan ‘wife’ berkenaan, sebenarnya saya saja bergurau. Tidak menjangka pula ia jadi tular,” katanya.

Terdahulu video itu tular selepas akaun Instagram sebuah butik pakaian memuat naik video ucapan Tajul yang baru selesai membeli baju untuk wanita yang dipanggil isteri.

Ruangan komen IG butik itu dibanjiri pertanyaan netizen yang bertanya sejauh mana kebenaran perkara itu. Malah, ada antaranya terkejut mengenai pengakuan Tajul.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sYs4Z2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.