3 Ilmu Wajib Mahir Kalau Nak Full Time Online Di Rumah
Ilmu
ini kalau anda tak mahir jangan mimpi nak buat full time.. saya dah
jumpa banyak orang yang ada banyak masalah yang sama.. tahun pertama
& kedua okay…sampai sanggup berhenti kerja..
Masuk tahun ke tiga & seterusnya HANCUR..
Dulu sampai sanggup berhenti kerja sebab tengah masyuk menjual di Facebook.
Bila game dah berubah.. peraturan FB berubah.. persaingan makin sengit..
Terpaksa stop meniaga.. terpaksa kerja balik.. kembali macam dulu..
Anda betul-betul nak buat FULL TIME ONLINE?
Masih belum terlambat… asalkan anda ada ilmu yang betul dan jangan pernah berhenti belajar.
3 Ilmu yang anda perlu fokuskan untuk menjana extra 5 hingga 10 ribu sebulan.
1) PERTAMA – IlMU RESEARCH
Nak mulakan apa-apa kempen pemasaran mestilah dimulakan dengan melakukan KAJIAN!
Ada beribu produk dan servis di luar sana yang anda boleh jual dan sediakan..
Tapi yang mana satu yang terbaik?
Sebab itu anda perlu buat kajian yang mendalam
– Kaji dari segi permintaan
Biasanya untuk online saya akan semak keyword di google dan juga keyword yang trending…
Saya
juga akan semak iklan-iklan pesaing (jika ada) dan lihat berapa lama
kempen mereka berjalan.. kalau lebih seminggu (saya andaikan mereka buat
duit)
– Kaji dari segi produk tu sendiri
Saya
utamakan kualiti produk, dari kualiti produk itulah akan terbina
kepercayaan customer pada kita, kepercayaan adalah satu perkara yang
sangat mahal & sangat penting untuk anda terus berkembang
Produk yang tak bagus & tak kualiti saya akan cuba elakkan!
– Kaji dari segi audience
Kena
faham pada siapa kita nak jual! kita tak boleh jual pada semua orang
sebab bukan semua orang perlukan produk dan servis kita..
Anda
kena tahu customer profile (avatar) anda siapa, dari situ lah anda tahu
apa ayat yang nak digunakan untuk kempen serta tahu dimana keberadaan
mereka apabila online.
===
Kaji
3 perkara ini sahaja dah cukup (walaupun ada banyak lagi) ..
sekurang-kurangnya anda tahu produk yang anda pilih itu KOMPEM ada
permintaan , berkualiti dan betul2 membantu pengguna serta ada tahu nak
jual pada SIAPA (audience yang kelaparan)
Saya sendiri sanggup spent masa satu minggu atau lebih untuk buat kajian sahaja..
Sebab pemilihan produk/servis yang salah akan menjadikan kempen marketing anda sia-sia! duit dan masa juga banyak habis.
Serius… kajian sangat penting guys…
Please guyss..
Jangan main pilih produk atau servis sebab sekadar terikut-ikut orang lain…
Sambung di post yang seterusnya..
Post a Comment