Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Memperlihatkan Siri Komputer Desktop Veriton S, X Dan M Untuk Kegunaan Pejabat – Bermula Dari RM1999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Memperlihatkan Siri Komputer Desktop Veriton S, X Dan M Untuk Kegunaan Pejabat – Bermula Dari RM1999

Tidak lama selepas melancarkan siri laptop gaming siri Predator mereka, pihak Acer Malaysia hari ini menunjukkan siri komputer desktop Veriton yang dipasarkan untuk kegunaan pejabat.

Siri komputer Veriton ini hadir dengan siri Acer Veriton S, M dan juga X, dan kesemuanya dikuasakan oleh CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake-S, dan juga hadir dengan SSD PCIe yang menjanjikan prestasi komputer yang lebih pantas. Dalam pada itu, CPU yang digunakan juga ialah CPU Intel Core+ yang hadir dengan sokongan Intel Optane yang mempercepatkan lagi prestasi cakera keras di dalam komputer-komputer ini.

Kesemua siri-siri komputer Acer Veriton ini hadir dengan ciri-ciri mereka yang tersendiri. Misalnya, Acer Veriton X2660G dan Veriton S2660G hadir dengan rekaan kecil yang cukup sesuai sekali untuk pejabat-pejabat kecil, dan juga mempunyai sokongan untuk memori sehingga 32GB. Siri ini dilengkapi dengan pilihan CPU Intel Pentium Gold dan Intel Core i3, dan cukup sesuai sekali digunakan untuk tugasan seharian di pejabat.

Siri Acer Veriton X6660G dan Veriton M6660G pula ialah desktop dengan saiz yang lebih besar dan mempunyai sokongan untuk memori sehingga 64GB.  Kesemua komputer-komputer ini boleh menyokong tiga paparan skrin, dan jika digabungkan dengan sebuah kad grafik daripada AMD ataupun NVIDIA, ia mampu menyokong sehingga lima paparan tanpa sebarang masalah.

Siri komputer desktop Acer Veriton ini akan tiba di pasaran Malaysia pada awal bulan Ogos kelak, dan akan dijual bermula pada harga RM1999 untuk model dengan spesifikasi asas, dan akan meningkat bergantung kepada model, dan jika pengguna inginkan sebuah kad grafik di dalamnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uMEp3s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.