Panduan Lengkap Mulakan Bisnes Dropship 2018
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk jana income secara online pada masa kini. Yelah gajet pun makin lama makin canggih.
Ada smartphone dan internet saja pun dah boleh buat duit.
Senang kan?
Dalam artikel ini saya akan dedahkan cara lengkap untuk anda mulakan bisnes dropship secara online dan bagaimana menjadikan bisnes dropship yang menguntungkan.
Taknak celoteh panjang sangat, sebab artikel agak panjang kali ni.
Tapi berbaloi-baloi!
Moga dapat membantu anda yang nak mulakan bisnes online dengan dropship.
Jadi pastikan anda baca sampai habis dan terus gunakan ilmu ni ya.
Jom mula!
Apa Itu Bisnes Dropship?
Secara ringkasnya,bisnes dropship ialah satu jenis perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk menguruskan stok, membuat penghantaran dan senang kata tak perlu nak fikir segala urusan yang berkaitan dengan barang secara lansung.
Semua itu akan diuruskan oleh pihak pengeluar, pihak ketiga atau dropshipper(pembekal) yang memberikan perkhidmatan tersebut.
Dalam konsep bisnes dropship ini, anda akan menerima tempahan dan bayaran daripada pelanggan.
Selepas itu, anda akan membuat tempahan dan bayaran kepada pihak dropshipper pula dan mereka akan membuat penghantaran barang terus ke pelanggan anda.
Simple kan?
Sebab itu ramai golongan yang sibuk seperti pelajar, pekerja yang nak buat side income dan suri rumah juga sering memilih bisnes online secara dropship dimana mereka boleh jana duit tanpa perlu tinggalkan komitmen utama mereka.
Baca juga: 5 Kelebihan Mulakan Bisnes Online Secara Dropship
Tugas anda sebagai agen dropship?
Jika semua urusan barang sudah dilakukan oleh dropshipper, jadi apakah yang saya kena lakukan?Dalam bisnes dropship ada dua perkara penting yang anda kena lakukan untuk menjamin kejayaan bisnes online anda.
Kerana bukan anda seorang saja yang menjual produk tersebut, ramai lagi yang membuat perniagaan sama seperti anda. Silap-silap mereka pun mengambil dari pembekal yang sama dengan anda.
Jadi dua petua bisnes dropship ini akan membantu anda dalam bersaing dengan peniaga lain dalam bisnes online ini.
Apa benda dua petua tu?
Dua perkara penting tersebut ialah cara menjual dan value yang anda berikan kepada prospek(pelanggan).
-
Cara menjual
Tidak semua produk boleh dijual dengan teknik yang sama. Terdapat pelbagai cara pemasaran yang ada, cari cara pemasaran yang paling sesuai untuk anda lakukan.
Teruskan membaca kerana saya akan dedahkan bab ini pada bahagian marketing nanti okay.
-
Value
Jadi apa yang akan membezakan anda dengan pesaing tadi?
Yes, servis dan value yang anda berikan.
Antaranya cara melayan para pelanggan, response yang cepat dan banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian bakal pelanggan anda.
Itulah antara kunci untuk kekal bersaing dengan bisnes dropship ini.
Sekarang kita akan masuk bahagian yang penting untuk mulakan bisnes online secara dropship ni.
Jom hadam!
Market Research
Untuk mulakan bisnes dropship dan bisnes online lain sekalipun, market research(kajian pasaran) ini ialah langkah pertama untuk anda kenal pasti produk yang anda akan jual ada permintaan atau tidak.
Mesti dalam kepala anda semua sudah terlintas produk apa yang nak dijual sejak dari mula awal membaca tadi kan?
Bagus bagi yang dah tahu, bagi yang masih tertanya saya akan berikan tips untuk cari produk.
Tips cara pantas pilih produk:
-
Hobi dan minat
Hal ini akan membantu anda mengenali produk dengan lebih mendalam lagi kerana anda sudah ada pengetahuan tentang produk tersebut. Jadi mudah untuk anda promosikan produk tersebut kelak dengan pengetahuan yang anda miliki.
Sambil tu dapat juga kongsi minat anda tu dengan pelanggan kan. Silap-silap dapat kawan baru yang sama hobi pula.
-
Produk trending
Contohnya seperti selipar Crocs, vape, fidget spinner dan banyak lagi yang pernah mendapat sambutan hangat dulu. Pergi kemana saja mesti ada produk tersebut.
Sampai banyak tempat sold out pulak tu.
Hebat penangan produk trending ni kan.
Anda boleh masuk pasaran trending ni dengan ketahui produk apa yang tengah trend pada masa sekarang atau masa akan datang.
Tapi produk trending tak bertahan lama, sampai masa ia akan sunyi dari pasaran. Jadi pastikan anda boleh buat jualan gila-gila masa produk tersebut tengah trending.
-
Produk evergreen
Tapi jualannya lebih stabil kerana sentiasa ada orang yang perlukan produk tersebut kerana ia tidak bermusim.
Sebagai contohnya seperti produk kecantikan diri, produk kesihatan dan sebagainya.
Faham sesuatu?
Jika masih tidak mempunyai idea tentang produk untuk dijual, anda boleh buka link yang saya kongsikan ini untuk ketahui produk yang mendapat sambutan di luar negara.
- Amazon Best Sellers
- Ebay Daily Deals
- Lazada Top Sellers
- LightInTheBox Top Sellers List
- Oberlo’s List of What to Sell Online
Okay dah dapat produk kan?
Sekarang saya akan kongsikan cara untuk ketahui jika produk tersebut ada permintaan atau tidak. Antaranya anda boleh gunakan Google Trend, bertanya dalam group facebook, bertanya dalam forum dan banyak lagi.
Untuk gunakan GoogleTrend anda tidak perlu bayar atau daftar apa-apa pun, ia tools percuma yang ditawarkan oleh Google. Manfaatkan okay.
Di bawah macam mana data yang anda akan dapat di dalam Google Trend.
Ikut saja arahan dalam kotak merah tersebut, anda akan dapat data yang anda inginkan.
Untuk interest over time sebaiknya anda cari produk yang mempunyai carian melebihi 50 dan keatas. Jadi produk tersebut masih relevan dalam pasaran.
Untuk data dalam group forum dan sebagainya, anda boleh lihat feedback orang terhadap produk tersebut. Jika ramai yang mahukan bermakna anda boleh teruskan untuk menjual produk tersebut.
Faham dah macam mana nak dapat data untuk tahu demand produk?
Boleh ikut tak step atas tu?
Baru first step tu geng, banyak lagi saya nak share ni.
Jom selongkar lagi!
Kenal Pasti Produk Yang Nak Dijual
Sekarang mesti dah ada banyak produk yang anda pilih kan? Dah buat research sekali lah harapnya.Jadi, anda sudah miliki data yang boleh membantu anda buat pilihan nak jual apa untuk bisnes dropship ni.
Okay sekarang fasa kita akan pilih produk yang boleh dijual berdasarkan permintaan yang anda telah research dalam step pertama tadi.
Data dari google trend dan sebagainya. Jadi pilih produk yang paling banyak mendapat permintaan.
Kalau anda dah tahu dengan harga produk sekali lagi bagus, anda boleh pilih produk yang margin tinggi. Berbaloi la sikit bila menjual produk yang untung pun tinggi kan.
Okay dah selesai narrow down list produk anda?
Kita akan pergi ke bahagian seterusnya untuk cari supplier atau dropshipper produk tersebut pula.
Let’s go!
Pemilihan Pembekal Bisnes Dropship
Sekarang produk dah ada, tapi mana nak dapatkan produk tersebut? Fasa ini lah saya akan kongsi bagaimana mendapatkan dropshipper(pembekal) produk yang anda nak jual tu.
J
om kita gali ilmu lagi.
Perkara yang perlu diselidik untuk mencari dropshipper atau supplier
Untuk memastikan anda mendapat trusted dropshipper dengan servis yang baik, sila pastikan anda telah menyelidik beberapa perkara ini dahulu sebelum menjadikan mereka dropshipper anda.- Background dropshipper
- Masa diambil setiap penghantaran
- Polisi dropshipper untuk pemulangan, kerosakkan dan sebagainya
Okay sekarang anda dah tahu apa perkara yang nak diperhatikan untuk memilih dropshipper anda.
Tapi dekat mana nak cari dropshipper atau pembekal ni?
Baik sekarang saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk mencari dropshipper melalui beberapa cara.
Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk anda mencari pembekal atau dropshipper untuk setiap produk.
Antaranya ialah:
-
Google
Cuma gunakan perkataan seperti ini di ruangan search:
- Dropship kasut Malaysia
- Bisnes dropship baju
- Agen dropship Malaysia
- Noufa Beauty (letak nama produk pun boleh)
-
Media social
Kebanyakkan dropshipper pada masa sekarang turut mencari agen dropship dengan menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran mereka.
Cara untuk mencari dropshipper di media sosial lebih kurang sama juga seperti anda buat carian di Google.
Cuma kali ni anda buat carian di media sosial seperti facebook. Akan ada banyak group yang ditunjukkan dan ada juga page. Anda boleh masuk ke mana-mana group dropship dan lihat apa yang ditawarkan dalam itu.
Biasanya dalam group tersebut terdapat lebih dari satu dropshipper, jadi boleh selidik perkara yang saya tekankan sebelum ini.
Jika di Instagram, anda boleh gunakan tambahan hashtag (#) di depan perkataan untuk melihat post yang berkaita dengan #hashtag yang anda tulis. Biasanya post tersebut juga akan menggunakan #hashtag yang anda tuliskan.
Sebagai contoh seperti:
#dropshipkasut
#agendropshipdiperlukan
#bisnesdropshipbuku
Dan banyak lagi.
Alright, sekarang dah tahu dimana nak cari dropshipper produk yang anda mahukan?
Yang penting jangan lupa selidik dulu pembekal tersebut sebelum terus menjadi agen dropship mereka.
Faham ke faham?
Tak faham kasi faham juga. Haha.
Sekarang kita pergi ke langkah seterusnya dimana saya akan bongkarkan platform(tempat) yang anda boleh gunakan untuk menjual produk anda.
Let’s do this!
Platform Menjual
Kita dah masuk langkah sterusnya untuk mula bisnes dropship ni. Yang dimaksudkan dengan platform menjual ialah tempat yang anda boleh gunakan untuk promosikan produk dropship tersebut.Ibarat kedai, tempat untuk anda menjual tetapi kali ini anda hanya lakukan bisnes online dari rumah saja.
Best kan?
Disini saya akan dedahkan platform online yang anda boleh gunakan mengikut produk anda. Antara platform yang saya akan fokuskan ialah Facebook dan Instagram. Tapi masih banyak saja lagi platform online lain yang boleh digunakan seperti Wechat, Blog, Whatsapp dan sebagainya. Cuma dalam artikel kali ini saya fokus pada dua platform tersebut dahulu.
Pertama anda kena kenal siapa sasaran pelanggan anda.
Dalam istilah orang bisnes ia dikenali sebagai customer avatar.
Untuk permulaan anda tidak perlu untuk tahu dengan lebih terperinci seperti:
- Siapa orang yang anda target untuk membeli produk anda?
- Apakah jantina mereka?
- Berapa umur mereka?
- Apakah pekerjaan mereka?
Contohnya anda nak jual produk kurus, siapakah sasaran pelanggan anda?
Tapi jika anda mengetahu lebih detail tentang customer avatar ia akan lebih membantu anda untuk membuat pemasaran.
Kerana di Facebook dan Instagram mempunyai ketegori pengguna yang berbeza peringkat umur, minat, pekerjaan dan sebagainya.
Dibawah saya tunjukkan statistik pengguna Facebook dan Instagram pada tahun 2017 di Malaysia.
Anda perlu kenal pasti setiap pengguna laman-laman sosial tersebut untuk memudahkan anda menjual produk anda.
Kenal pasti siapakah sasaran pembeli produk tersebut.
Lelaki atau wanita?
Remaja atau dewasa?
Jadi dari situ anda lebih tahu platform mana yang sesuai untuk dijadikan kedai online anda berdasarkan data yang saya berikan.
Ibarat seperti anda ingin menjual ikan, adakah anda akan menjual di stadium ketika perlawanan bola sedang berlangsung?
atau anda akan menjual di pasar tani?
Anda lebih tahu jawapannya.
Sekarang anda boleh memilih sendiri platform yang sesuai untuk menjual produk anda mengikut umur dan jantina yang sesuai untuk produk tersebut.
Belum habis lagi.
Kita pulun habis, kali ni memang saya nak beri artikel yang actionable untuk anda.
Baca dan boleh terus buat.
Tiba masanya untuk masuk part pentig yang dinantikan.
Marketing Untuk Bisnes Dropship
Marketing ialah cara untuk anda beritahu kepada orang ramai tentang kewujudan produk anda.Sebaik mana pun produk kita kalau orang tak tahu tetap tak guna juga kan? Jadi inilah tugas utama marketing.
Dalam bahagian ini saya akan kupaskan beberapa cara dan tips untuk promosikan produk bisnes dropship anda.
Apa yang penting disini ialah konsisten. Jika macam biskut je posting kita, kejap ada kejap hilang orang nak percaya pun susah kan?
Jadi perkara utama yang harus diterapkan ialah konsisten dalam lakukan pemasaran produk anda.
Anda dah pilih kan platform online mana nak guna?
Sekarang kita akan gunakan medium media sosial tersebut sebagai tempat untuk kita buat marketing.
Untuk kali pertama ini, kita pakai free cost marketing saja, sebab saya menekankan mula dengan bisnes tanpa modal dahulu.
Okay jom belajar step-by-step.
Copywriting
Platform untuk buat marketing dah ada, tapi macam mana nak beritahu orang ramai tentang produk ni?Itulah tugas utama copywriting iaitu untuk menyampaikan mesej tentang produk tersebut kepada bakal pelanggan anda.
Copywriting yang power akan membantu anda dalam membuat jualan.
Ada banyak jenis copywriting dalam dunia ni. Lain orang lain cara yang mereka gunakan.
Paling penting apa yang kita mahukan dari setiap ayat copywriting ini ialah:
- Mampu menarik perhatian bakal pelanggan (prospek)
- Dapat mempengaruhi emosi prospek
- Memberi keyakinan kepada prospek
- Buat Prospek kita bertindak
-
Mampu menarik perhatian bakal pelanggan
Disini anda perlu tekankan penggunaan headline yang memukau mata mereka. Headline tidaklah perlu panjang, cukup sekadar menggunakan ayat yang mudah difahami, pendek tapi padat.
Sebagai contoh:
Kulit awak kusam? (ayat pendek dan mudah difahami)Berbanding
Anda mengalami masalah kulit kusam, dapatkan produk ini kerana ia sangat sesuai dengan masalah kulit anda. (ayat headline panjang dan tak nampak point utama)Nampak?
Selain itu, penggunaan huruf besar juga boleh dilakukan untuk membezakan headline dengan point isi yang lain.
Penggunaan gambar juga mestilah bersesuaian dengan ayat headline anda okay. Janganla cakap tentang cara nak dapat kulit flawless tapi letak gambar gunung kan? Pastikan gambar selari dengan apa yang anda nak sampaikan.
-
Dapat mempengaruhi emosi prospek
-
Memberi keyakinan kepada prospek
-
Buat prospek kita bertindak
Okay antara tips yang oleh digunakan disini adalah:
- Berikan tawaran (siapa yang tak suka dengan promosi sebagainya kan)
- Buat urgency (maksudnya tawaran tersebut akan tamat pada tempoh masa tertentu)
- Call to action (anda kena arahkan prospek untuk call, whatsapp, PM, DM dan sebagainya)
Faham sesuatu?
Harapnya faham lah, takdala saya rasa syok sendiri. Huhu.
Okay jom hadam topik terakhir!
Dah power buat copywriting bagai tapi post pada masa yang salah pun tak function juga ye dop?
Waktu yang sesuai untuk anda buat post iklan
Berikut adalah tips buat iklan pada waktu yang sesuai di media sosial yang anda boleh cuba.- 8am – 10am
Anda boleh post sesuatu yang relax atau iklan soft sell berkaitan produk anda.
- 12pm – 2pm
Pada masa ini anda boleh lakukan iklan untuk menjual.
- 8pm – 10pm
Masa ini sangat sesuai untuk anda lakukan promosi tentang produk anda kerana engagement yang tinggi adalah pada masa ini.
Baca juga: Tahukah Bila Masa Sesuai Untuk Beriklan Di Facebook?
Akhirnya kita dah sampai di penghujung.
Penutup
Sebagai penutup saya ingin simpulkan semua yang saya kongsikan di atas ini berkaitan bisnes dropship secara online.Produk yang tepat
Anda perlu memilihan produk yang mempunyai permintaan, untung yang menarik dan pembekal yang bagus. Secara tak lansung ia dapat membantu anda dan bisnes dropship anda untuk pergi lebih jauh. Teruskan mencuba sehingga anda jumpa produk yang tepat.Cara pemasaran
Cara pemasaran yang efektif akan membantu dalam bisnes dropship anda. Jadi teruskan mencari ilmu untuk membuat pemasaran dan bantu anda hasilkan jualan yang konsisten walau dengan bisnes online.Perkhidmatan atau value yang anda berikan
Perkhidmatan atau value yang ada pada anda yang akan membezakan anda dengan peniaga online yang lain.Jagalah pelanggan sedia ada kerana potensi mereka untuk membuat belian seterusnya lebih tinggi jika apa yang anda tawarkan tiada pada peniaga online lain.
Kos mendapatkan pelanggan baru lebih tinggi, jadi jaga pelanggan sedia ada sebaiknya.
Tindakan
Kejayaan hanya datang pada mereka yang berusaha melaksanakannya. Panjang lebar dah saya berkongsi dalam artikel ini.Saya harap anda boleh gunakan ilmu ini untuk mulakan bisnes dropship online anda sekarang. Tindakan sangat membantu kejayaan seseorang. Jika anda ada ilmu seluas lautan sekali pun, jika tiada tindakan maka sia-sia semuanya.
Orang yang gagal merancang, dia merancang untuk gagal.Hah, jadi rancang bisnes online anda ni sebaiknya dan terus bertindak.
Sumber : alfarabishariff.com
Post a Comment