Prasarana Turut Hadir Dengan Aplikasi Mengintegrasikan Dompet Digital – MyRapidTap
Kita sebelum ini telah melihat sejumlah syarikat hadir dengan dompet digital tersendiri untuk memudahkan transaksi nirtunai. Kini, ia dilihat pihak Prasarana turut menyertainya bersama, melalui aplikasi baru mereka dinamakan MyRapidTap.
Melalui MyRapidTap, pengguna boleh menyemak jadual perjalanan, melihat arah laluan dan sebagainya dengan mudah menggunakan aplikasi berkenaan. Dengan ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk menjadualkan perjalanan mereka ke sesuatu destinasi dengan mudah menggunakan pengangkutan awam.
Menariknya, melalui aplikasi baru ini juga, MyRapidTap menyediakan sokongan dompet digital dan pembayaran menggunakan imbasan kod QR.
Melalui dompet digital ini, anda boleh membuat tambah-nilai ke dalamnya sebelum dapat menggunakan ia. Seperti biasa, selepas anda membuat tambah-nilai, anda boleh menggunakan ia untuk tujuan pembayaran, serta memantau perbelanjaan anda menggunakan dompet digital berkenaan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah sistem pembayaran nirtunai akan diimpelmentasikan pada pengangkutan awam milik Prasarana. Tetapi, dengan langkah awal pengenalan aplikasi ini, kita mungkin akan dapat melihatnya diperkenalkan tidak lama lagi.
Oh ya, mungkin juga pihak Prasarana perlu mengubah nama penerbit aplikasi kepada nama syarikat mereka supaya dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk memasangnya.
Muat-Turun MyRapidTap untuk Android
Muat-Turun MyRapidTap untuk iPhone
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uIkEKs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment