Kaedah Pendapatan Online Yang Autopilot
Kembali lagi bersama saya, Zyan untuk next blog post! Saya pasti pembaca blog saya ni adalah kalangan smart people dan juga seorang pemenang! Seorang pemenang dia akan baca posting ini sampai habis 🙂
Jom kita mulakan…
Pasti seronok kan kalau anda ada income online yang berjalan 24 jam tanpa henti..
Anda hanya perlu monitor sekejap sahaja.. sehari mungkin 2-3 jam sahaja dan anda boleh menjana sekurang-kurangnya RM500-RM1000 sehari..
Dan anda bebas pergi bercuti kemana sahaja. buat perkara-perkara kesukaan anda atau fokus pada kerja lain yang lebih anda utamakan 🙂
Bunyi kedengaran agak mustahil tapi itulah realiti zaman sekarang jika anda benar-benar menggunakan kemudahan dan perkembangan teknologi internet yang ada sekarang..
Kita hidup di zaman serba canggih sekarang ini. Kalau di negara yang lebih maju, sudah ramai yang hidup senang lenang pakai kereta mewah hasil pendapatan online yang di buat dirumah sahaja.
Di Malaysia masih kurang kalau ada pun tak ramai.. kebanyakan yang jadi jutawan adalah kalangan mereka yang mengamalkan sistem bisnes yang sudah sedia ada. Perlu office/kedai, staff yang ramai, sistem pengurusan dan sebagainya..
Di bawah ini saya kongsikan senarai kaedah pendapatan yang anda boleh fokus dan menjana pendapatan lumayan serta boleh dilakukan secara autopilot atau semi auto.
Affiliate Marketing
Saya pasti pembaca blog ini pernah dengar mengenai affiliate marketing, iaitu kita promosi produk orang lain dan menjana komisen untuk setiap jualan. Di Malaysia program affiliate tidak banyak sebenarnya dan tak banyak juga yang beri komisen yang tinggi.Serta belum ada program affiliate yang bertahan lama.. paling lama pun mungkin 6 bulan kemudian jualan akan mula slow dan akan tumbuh lagi program affiliate yang lain.
Mungkin disebabkan market Malaysia yang agak “terhad” dan permintaan pun hanya berada dalam kitaran “situ-situ” sahaja.
Tapi berlainan sungguh apabila anda menyertai program Affiliate yang dianjurkan di luar negara. Di luar negara ada terlalu banyak program Affiliate.. salah satu yang terkenal dan ramai juga rakyat Malaysia join ialah CLICKBANK!
Ini salah satu pendapatan student yang telah mengambil kursus online CBmethod. Ada ramai lagi yang berjaya menjana income dengan clickbank selepas mendapatkan CB Method.
Boleh layari CB Method disini
Bagaimana nak automasikan Affiliate ni?
Kalau anda ada dapatkan CB method, tuan malek ada tunjukkan macam mana nak buat kempen pemasaran untuk produk clickbank, kempen ini menggunakan platform pengiklanan berbayar.. selagi kempen itu berjalan dan menghasilkan pelawat. Selagi itu lah komisen akan terhasil, segala urusan pelanggan dan pembayaran komisen diuruskan sepenuhnya oleh pihak clickbank..
Tak hairanlah kenapa ada super affiliate yang hardcore boleh jana pendapatan 10k-20k usd hanya melalui Affiiate sahaja kerana mereka sangat aktif dalam melakukan kempen pemasaran..
Adakah Affiliate marketing untuk anda?
Tanya lah diri anda sendiri… anda sanggup melakukan research berjam-jam? Sanggup belajar untuk buat web? Sanggup keluar wang untuk promosi produk?
Ya semua ini ada ditunjukkan dalam CB method..
Jika anda sanggup, lakukan sekarang..
Ok cukup saya bebel mengenai affiliate marketing, NEXT!
Jual Produk Digital
Ya! Bisnes jual produk digital ..Bisnes ini tak ramai orang Malaysia buat, sedangkan bisnes produk digital bagi saya adalah bisnes yang paling senang dan mudah malah sangat lumayan..
Apa itu bisnes produk digital?
Bisnes yang melibatkan penjualan produk seperti Ebook, Video , Software , Audio atau apa sahaja jenis files yang boleh diakses secara onine.. Bill Gates lelaki terkaya kat dunia pun jual produk digital (Software Microsoft)
Anda tak perlu simpan atau pos barang, malah urusan jualan pun boleh diautomasikan menggunakan system seperti onpay.
Saya sendiri meniaga produk digital seperti Ebook & Video sudah hampir 10 tahun! Ya sejak 2009 lagi! Masa tu saya jual Ebook panduan buat web..
CB method tu pun salah satu produk digital yang saya lancarkan bersama kawan saya iaitu tuan malek..
Saya sangat sarankan setiap kalangan anda yang membaca blog ini ada satu produk digital yang boleh dijual…
Tak makan banyak kos.. kalau rugi pun tak menangis :p
Macam mana nak automasikan?
Konsepnya sama seperti Affiliate tadi, anda promosi menggunakan platform berbayar dan biarkan system yang uruskan penghantaran..
Jika anda gabungkan cara bayaran di onpay dengan payment gateway seperti paypal & Billplz, produk digital anda akan diberi akses secara automatik kepada pelanggan anda selepas pembayaran mereka disahkan.. Jika mereka bayar manual, anda kena approve manual dalam system onpay.. yang ni kita panggil semi auto..
Saya harap anda Nampak gambarannya sekarang…
Iklan berbayar >> Offer menarik ( Ebook sendiri atau produk orang lain) >> Payment system
Ada lagi yang saya nak sambung tapi untuk post yang seterusnya ok.. 🙂 Harap ada yang sudi share artikel ini di facebook atau media social.. semangat sikit saya nak sambung menulis … haha
Nantikan sambungan seterusnya ok!
Sumber : zyan.my
Post a Comment