Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Laptop Acer TravelMate Diberi Rekaan Menarik Dan Spesifikasi Berkuasa Untuk Kegunaan Pejabat – Bermula Dari Harga RM2499 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Laptop Acer TravelMate Diberi Rekaan Menarik Dan Spesifikasi Berkuasa Untuk Kegunaan Pejabat – Bermula Dari Harga RM2499

Di acara pengumuman peranti-peranti pejabat baru Acer hari ini, Acer Malaysia menunjukkan siri-siri laptop Acer TravelMate terbaru mereka, yang terdiri daripada siri Acer TravelMate X3410 dan juga siri Acer TravelMate P2 yang dibina khusus untuk kegunaan pejabat.

Kedua-dua siri laptop ini dikuasakan oleh CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake, dan dilengkapi dengan sejumlah memori yang cukup besar, sehingga 32GB dan juga storan SSD sehingga 512GB, dan Acer menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 15 jam dengan satu pengecasan penuh.

Kedua-dua siri laptop ini dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 14 inci, manakala dari segi resolusi pula, siri laptop Acer TravelMate P2 ini hadir dengan pilihan resolusi HD (1366×768) dan Full HD (1920×1080), manakala paparan Acer TravelMate X3410 hadir dengan skrin beresolusi Full HD.

Kedua-dua laptop ini juga dilengkapi dengan sistem penyulitan TPM 2.0 (Trusted Platform Module) yang akan menyulitkan fail-fail penting anda supaya anda tidak perlu risau mengenai fail-fail tersebut dicuri, walaupun laptop anda digodam. Salah satu ciri menarik yang hadir pada laptop Acer TravelMate X3410 ini ialah palam USB Type-C boleh digunakan untuk mengecas laptop tersebut.

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki laptop Acer TravelMate ini, Acer Malaysia menyatakan bahawa siri Acer TravelMate P2 sudahpun memasuki pasaran Malaysia dan boleh dibeli bermula dari harga RM2499, manakala laptop Acer TravelMate X3410 pula akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan September kelak pada harga RM3999 untuk model Intel Core i5 dan RM4899 untuk model dengan CPU Intel Core i7.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ll7gq4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.