Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Nova 3 Dengan Kirin 970 Berharga RM1899, Huawei Nova 3i Berharga RM1249 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Nova 3 Dengan Kirin 970 Berharga RM1899, Huawei Nova 3i Berharga RM1249

Penantian untuk Huawei Nova 3  dan Nova 3i di Malaysia akhirnya berakhir dengan pelancaran kedua-dua model ini sebentar tadi. Nova 3 ialah sebuah lagi peranti dengan pemproses HiSilicon Kirin 970 yang merupakan pemproses berkuasa dihasilkan oleh Huawei manakala Nova 3i pula ialah yang pertama dengan pemproses HiSilicon Kirin 710.

Huawei Nova 3

Dari segi spesifikasi, Huawei Nova 3 dilengkapi skrin 6.3 inci IPS LCD FHD+, dijana pemproses Kirin 970, memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB RAM. Sekiranya storan ini masih tidak cukup besar bagi pengguna, terdapat sokongan mikro-SD sehingga 256GB.

Dwi-kamera utama pada bahagian belakang menggunakan sensor 16+24 Megapixel f/1.8+f/1.8 manakala kamera swafoto pula menggabungkan 24+2 Megapixel f/2.0. Terdapat sokong kecerdasan buatan bagi merakam gambar yang lebih baik serta 3D Qmoji. Avatar emoji tiga dimensi boleh dikawal dengan hanya menggunakan wajah seperti Apple Animoji.

Huawei Nova 3

Sebuah bateri sebesar 3750 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas SuperCharge menerusi port USB-C. Terdapat juga sokongan nyahkunci menggunakan wajah di dalam keadaan gelap.

Telefon pintar ini juga hadir dengan sokongan GPU Turbo – sekaligus menawarkan pengalaman permainan video yang lebih lancar berbanding kebiasaan pada telefon pintar ini.

Huawei Nova 3i pula dilengkapi skrin 6.3″ IPD LCD FHD+ bertakuk, dijana pemproses Kirin 710, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 128GB, kamera utama 16+2 Megapixel, kamera swafoto 24+2 Megapixel dan bateri sebesar 3340 mAh. Tidak seperti Nova 3, tiada pengecasan pantas disertakan dan ia masih menggunakan port mikroUSB.

Huawei Nova 3i

Walaupun ia sebuah peranti kelas pertengahan, fungsi Qmoji 3D dan kecerdasan buatan untuk merakam gambar disertakan pada Nova 3i.  Tidak ketinggalan ialah sistem GPU Turbo khusus untuk permua dan juga nyahkunci menggunakan wajah.

Di Malaysia Huawei Nova 3 ditawarkan pada harga RM 1899 sebuah. Ia ditawarkan dalam warna iris purple, merah dan hitam bermula 17 Ogos. Huawei Nova 3i pula ditawarkan pada harga RM 1249 dengan pilihan warna iris purple, hitam, dan putih bermula 28 Julai.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zQSvXh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.