7 panduan ‘noob’ elak jadi tuan rumah yang penyewa benci
Dah jadi tanggungjawab seorang tuan rumah untuk menjaga dan melindungi aset korang tu.
Tapi, tak bermakna semua tuan rumah jenis “kapitalis” semata-mata. Ramai yang ingat tuan rumah adalah jenis manusia yang tahu nak kaut untung sewa je.
Tak semua macam tu. Ada je yang Tok kenal baik sangat melayan penyewa.
Dan kalau penyewa korang tu tak pernah buat masalah besar, tak rugi berbuat baik dengan mereka. Sebab korang sendiri yang akan untung nanti.
Nak jadi tuan rumah yang penyewa sayang sambil buat untung? Jom hadamkan perkongsian Sterling White yang Tok baca kat blog BiggerPockets ni.
Tip #1: Jadi proaktif dalam hal penyelenggaraan rumah
Kadang-kala, tindakan kecil kita akan berikan impak yang besar dekat mata penyewa.
Bila penyewa buat aduan untuk sebarang kerosakan kat rumah tu, buat dengan kadar segera. Tak guna pun menangguh kerja, sebab nak tak nak kena buat juga nanti.
Dan korang sendiri tahu. Kalau buat awal-awal, dah tentu boleh jimatkan banyak kos lain seperti masa dan juga tenaga. Setuju?
Tindakan segera korang akan menanam tanggapan, yang korang betul-betul serius nak bekalkan tempat tinggal yang berkualiti tinggi untuk mereka.
Bagitahu Tok. Siapa yang tak suka dapat tuan rumah yang ohsem macam ni?
Tip #2: Ingat tarikh istimewa buat mereka
Tok cadangkan korang buat nota supaya tak terlupa tarikh istimewa buat penyewa korang.
Bila tiba tarikh yang istimewa buat mereka seperti hari jadi atau ulangtahun perkahwinan, ringankan tangan memberi hadiah, atau sekadar kad ucapan beserta kata-kata yang sweet.
Mungkin bagi sesetengah orang (penyewa), boleh jadi ini satu-satunya wish yang mereka dapat dalam hidup mereka. Tak semua orang bernasib baik, kan?
Tak rugi korang buat tip ni. Lagi-lagi kalau penyewa yang dah berkahwin.
Boleh je belanja pasangan itu tengok wayang atau sebagainya. Ingat tau. Lebih erat hubungan sesama mereka, lebih cerah peluang untuk mereka terus kekal menyewa dengan korang.
Tip #3: Amalkan sikap bertolak-ansur
Masalah tak pernah kenal erti masa.
Dan kalau kita tengah ada masalah pun, kita berharap orang lain boleh faham situasi kita, betul?
Sama juga dengan penyewa. Mungkin ada ahli keluarga mereka yang tengah sakit, hilang sumber pendapatan (kena buang kerja), atau lain-lain kecemasan.
Dan bila-bila yang korang mampu, bertolak-ansur dengan mereka. Tak rugi pun panjangkan tempoh masa bayar duit sewa kalau mereka benar-benar terdesak.
Tindakan seperti ini boleh berikan kesan positif yang berpanjangan untuk korang.
Nota: Cuma, korang kena berjaga-jaga. Ada sesetengah penyewa yang akan ambil kesempatan dengan niat baik korang tu.
Tip #4: Pulangkan deposit cepat-cepat
Majoriti penyewa bergantung dekat deposit mereka bila nak berpindah kat rumah lain.
Dan ini jadi masalah bila mereka berdepan dengan tuan rumah yang “perangai” (jenis yang mencari alasan untuk tak pulangkan balik duit deposit).
Tak elok buat macam tu. Baik pulangkan duit deposit tu supaya dapat kekalkan nama bersih korang sebagai tuan rumah yang hensem dan ohsem.
Jangan pandang rendah dengan kuasa word mouth. Kalau korang nak tahu, ini satu “senjata” yang dah lama bertapak dalam dunia pemasaran. Dan ia salah satu alat marketing yang sangat efektif tau.
Kalau prospek lain tahu korang ada perangai macam ni, boleh jadi susah nak dapat penyewa lepas ni. Malaysia ni kecik je. Pusing-pusing, kat situ juga.
Lagi-lagi dengan media sosial yang sedia ada sekarang. Senang-senang je nama korang buruk nanti.
Usulkan cek pada hari mereka nak berpindah (dan pastikan sebelum tu, rumah korang dalam keadaan yang baik dan tak ada sebarang kerosakan).
Tip #5: Tawarkan diskaun dekat kawan-kawan atau keluarga bekas penyewa
Tip ni berkait dengan tip sebelum ni (tip #4).
Ada penyewa yang nak berpindah, yang akan salurkan penyewa baru kat korang (akibat jadi tuan rumah yang ohsem selama mereka menyewa dengan korang).
Bila jadi macam ni, tak rugi bagi diskaun dekat penyewa baru tu. Mungkin diskaun berupa kos moving-in yang lebih rendah, atau lain-lain mengikut kapasiti masing-masing.
Dan buat bekas penyewa pula, boleh kita bagi referral fee atau finder’s fee, atas usaha mereka berikan korang penyewa baru.
Senang kerja korang. Tak payah gunakan banyak masa untuk cari penyewa baru.
Tok yakin ramai orang pernah dengar ayat ni:
“Kalau kita mudahkan urusan orang lain, tentu Allah S.W.T akan mudahkan urusan kita sebagai balasan.”
Tip #6: Tawarkan dekat penyewa untuk beli rumah kita
Kalau penyewa korang nak berhenti menyewa sebab nak beli rumah, apa kata tawarkan rumah korang untuk mereka beli?
Korang masih boleh buat perjanjian yang win-win dengan mereka. Di samping memberi mereka peluang untuk menjalankan kehidupan baru sebagai seorang tuan rumah pula.
Untung-untung, korang boleh jimatkan banyak kos seperti kos bayar ejen dan sebagainya. Kalau pembeli dah ada depan mata, kan bertambah senang kerja kita?
Dan mana tahu rezeki korang kat situ. Belum cuba, belum tahu.
Dah tentu ini bergantung kat portfolio pelaburan hartanah korang. Tak logik pula kalau nak jual rumah kalau ada seunit saja. Kalau ada banyak, baru buat tip ini ya.
Tip #7: Kongsikan ilmu pelaburan hartanah dengan mereka
Korang sendiri dah tahu pasal kelebihan pelaburan hartanah.
Dan tak salah kongsikan ilmu berguna ini dekat penyewa korang. Mana tahu, satu hari nanti korang boleh berurusan bersama-sama dalam pelaburan ini.
Bertambah-tambah senarai networking korang. Tambahan pula, korang dah kenal antara satu sama lain. Kan bagus macam tu?
Bila berkongsi ilmu yang baik, tak mustahil rezeki korang akan bertambah lagi pada masa depan.
Cuma, pastikan penyewa tak buat sublet unit korang tu. Itu makan tuan namanya. Haha.
—
Tak semua tuan rumah bernasib baik dapat penyewa yang berkualiti. Kalau jenis yang ketegaq nauzubillah tu, buang karan je layan baik-baik.
Yang penting, tahu batas dalam setiap perbuatan dan tindakan yang korang ambil. Elakkan jadi terlampau baik hati yang akhirnya memakan diri sendiri.
Bila dapat yang baik tu, hargai mereka sebaik mungkin. Sebab itu salah satu rezeki yang Allah S.W.T bagi kat kita.
The post 7 panduan ‘noob’ elak jadi tuan rumah yang penyewa benci appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2a91u8g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment