Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Dengan Kedudukan Pengimbas Cap Jari Diubah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Dengan Kedudukan Pengimbas Cap Jari Diubah

Tarikh pelancaran Samsung Galaxy Note 9 telah diketahui berlangsung pada 9 Ogos hadapan. Turut diketahui ialah ia akan menggunakan bateri sebesar 4000 mAh dan S-Pen dengan sokongan Bluetooth. Hari ini rekaan peranti ini akhirnya tertiris menerusi imej pengolokan oleh pengeluar kerangka Olixar.

Perubahan rekaan hanya dapat dilihat pada kedudukan pengimbas cap jari yang kini terletak di bawah lensa dwi-kamera. Ini ialah kedudukan yang lebih ergonomik berbanding pada Note 8. Lebih mudah dicapai dan dapat mengelakkan jari mengotorkan lensa kamera. Tidak seperti Galaxy S9, dwi-kamera pada bahagian belakang masih disusun mendatar.

Bezel yang lebih kecil turut dapat dilihat pada bahagian dahi dan dagu peranti. Bicu audio dapat dilihat dikekalkan dan ini pastinya menggembirakan golongan yang belum bersedia untuk penggunaan fon telinga nirwayar sepenuhnya.

Seperti yang dapat dilihat pada Galaxy S9 tahun ini yang tidak banyak berubah berbanding Galaxy S8. Samsung juga tidak melakukan perubahan terlalu drastik pada Note 9 berbanding Note 8.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Nu9yB8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.