Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menteri Komunikasi Dan Multimedia Mahu Ahli Kabinet Aktif Di Atas-Talian Dan TM Menawarkan Perkhidmatan Bertaraf Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menteri Komunikasi Dan Multimedia Mahu Ahli Kabinet Aktif Di Atas-Talian Dan TM Menawarkan Perkhidmatan Bertaraf Dunia

Menteri Komunikasi Dan Multimedia Gobind Singh Deo baru memegang jawatan selama 44 hari tetapi impak beliau sudah dapat dirasakan. TM telah mengumumkan pelan baru Unifi beberapa hari yang lalu selepas beliau menyasarkan penawaran internet lebih pantas pada harga lebih mampu milik.

Terkini menerusi akaun Twitter beliau mahu mengingatkan ahli kabinet supaya lebih aktif di atas-talian. Ini adalah jawapan kepada kicauan yang dihantar oleh pengguna @pak51271585 yang menyedari ramai ahli kabinet kurang dikenali latar belakang dan  tidak aktif di atas-talian. Dengan penggunaan media sosial yang semakin meningkat, menteri kabinet juga harus aktif menggunakan platform sedia bagi memudahkan interaksi dengan rakyat marhaen.

Beliau turut menggunakan akaun Twitter beliau untuk menekankan bahwa kualiti perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan TM mesti pada tahap tinggi dan setanding dengan perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat lain di seluruh dunia.

Seperti kami laporkan pada Isnin yang lalu, TM akan menawarkan pelan baru Unifi Turbo dengan kepantasan melebihi dua kali ganda dari apa yang ditawarkan sedia ada. Ini menurut TM akan meletakkan Malaysia sebagai antara negara dengan kelajuan internet terpantas di Asia Tenggara.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lVStDI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.