Hi! Welcome Back and Stay Tune! Butiran Mengenai CPU Intel Generasi Kesembilan Tertiris – Kebanyakannya Berdasarkan CPU Siri Coffee Lake-S - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Butiran Mengenai CPU Intel Generasi Kesembilan Tertiris – Kebanyakannya Berdasarkan CPU Siri Coffee Lake-S

Bagi mereka yang sedang menunggu untuk kehadiran CPU-CPU generasi akan datang untuk menaiktaraf atau membina komputer baru, anda mungkin akan berasa sedikit kecewa dengan pilihan CPU daripada Intel.

Intel sendiri telah memuat naik sebuah dokumen di laman web mereka yang menunjukkan bahawa beberapa daripada CPU generasi kesembilan mereka akan menggunakan asas CPU yang sama daripada siri CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake-S.

Nama-nama model CPU yang diperlihatkan di dalam dokumen tersebut termasuklah CPU Intel Core i5-9400Intel Core i5-9400TIntel Core i5-9500Intel Core i5-9600 dan Intel Core i5-9600K. Dari siri Intel Core i3 pula terdapat CPU Intel Core i3-9000 dan Intel Core i3-9100.

Daripada senarai ini, dapat juga dilihat bahawa CPU Intel Core i5 generasi kesembilan ini akan hadir dengan enam teras fizikal, manakala CPU Intel Core i3 pula akan hadir dengan 4 teras fizikal. CPU-CPU ini juga akan dilengkapi dengan dua teras tambahan yang akan berfungsi sebagai cip grafik.

Kesemua model-model CPU ini diletakkan didalam senarai CPU Intel Coffee Lake-S, yang membuatkan kami mempercayai bahawa Intel hanya akan menggunakan CPU Coffee Lake sebelum ini dan akan melakukan sedikit kemaskini untuk meningkatkan prestasinya.

Menariknya, Intel tidak menyatakan apa-apa mengenai CPU Intel Core i7 yang akan datang, kebarangkalian kerana ia satu-satunya siri CPU yang akan hadir dengan spesifikasi yang berlainan dengan CPU-CPU yang lain.

Intel nampaknya sedar akan kesilapan mereka memuat naik nama-nama model tersebut, dan telahpun menurunkan nama model-model tersebut daripada senarai ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lThteT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.