Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja 19 tahun 'diratah' bergilir-gilir kenalan WeChat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja 19 tahun 'diratah' bergilir-gilir kenalan WeChat

Remaja 19 tahun 'diratah' bergilir-gilir kenalan WeChat. SERI ISKANDAR: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki yang juga kenalan di aplikasi WeChat di sebuah rumah di Changkat Sodang, di sini Ahad lalu.


Remaja 19 tahun 'diratah' bergilir-gilir kenalan WeChat


Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata susulan kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa hanya membuat laporan polis semalam dan seterusnya dua suspek berusia 20-an ditahan petang tadi di sekitar bandar ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, berdasarkan keterangan, mangsa baru mengenali seorang daripada suspek melalui WeChat dan kes berlaku ketika mereka kali pertama bertemu pada Ahad lalu.

"Remaja berkenaan mendakwa mengenali seorang suspek dengan nama Izlan melalui aplikasi WeChat dan kali pertama keluar dari rumah dijemput kenalan itu bersama seorang lagi suspek dikenali sebagai Ikmal pada jam 12 tengah malam Sabtu dengan alasan untuk lepak di Ipoh.

"Kira-kira sejam kemudian mangsa dibawa ke sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang dan mangsa kemudian ditarik masuk ke dalam sebuah bilik oleh Izlan sebelum dipaksa membuka baju dan diugut sekiranya tidak mahu membuka baju, mangsa tidak akan dihantar pulang.

"Mangsa mendakwa terpaksa turut apa yang disuruh serta tidak berani menjerit atau melawan sebelum dirogol secara bergilir-gilir ketiga-tiga suspek termasuk seorang yang tidak dikenali namanya," katanya ketika dihubungi malam ini.

Mohamad Zainal berkata, mangsa kemudian dihantar di bawah jambatan Titi Gantong, dekat sini sebelum dijemput oleh rakannya.

"Selepas membuat laporan polis semalam, mangsa dirujuk ke Hospital Seri Manjung, dekat sini untuk pemeriksaan.

"Polis menahan dua lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan reman akan dimohon esok," katanya.

Menurutnya, polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan. - BHonline

Remaja 19 tahun 'diratah' bergilir-gilir kenalan WeChat



✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MS8I0f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.