Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Memperkenalkan Set Peranti Realiti Maya HTC Vive Pro Full Kit – Hadir Dengan Stesen Pangkalan Dengan Sokongan SteamVR 2.0 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Memperkenalkan Set Peranti Realiti Maya HTC Vive Pro Full Kit – Hadir Dengan Stesen Pangkalan Dengan Sokongan SteamVR 2.0

Pada awal tahun ini, HTC memperkenalkan peranti realiti maya HTC Vive Pro untuk mereka yang benar-benar inginkan pengalaman realiti maya yang benar-benar imersif.

Terkini, HTC dilihat membuka pra-tempah untuk set HTC Vive Pro Full Kit, yang hadir dengan beberapa komponen dan peranti baru yang akan mempertingkatkan lagi pengalaman di alam realiti maya.

Peranti realiti maya HTC Vive Pro yang digunakan masih lagi peranti yang sama yang hadir dengan dua skrin OLED beresolusi 2880×1600 dan fon telinga yang terbina didalamnya.

Apa yang menarik pada set HTC Vive Full Kit ini ialah kehadiran stesen pangkalan realiti maya baru yang menyokong perisian SteamVR 2.0. Stesen pangkalan ini membolehkan pengguna menggunakan HTC Vive Pro dengan ruang pergerakan yang lebih besar pada saiz 10 meter x 10 meter.

Sokongan SteamVR 2.0 pula membolehkan ramai pengguna HTC Vive Pro di dalam ruang realiti maya yang sama dengan menambahkan bilangan stesen pangkalan yang boleh disambungkan ke komputer yang sama. Ini membolehkan tajuk-tajuk multi-pemain dimainkan dengan lebih mudah dan di ruangan yang lebih besar.

Set HTC Vive Full Kit ini juga hadir dengan sepasang Pro Controller yang hadir dengan rekaan warna biru gelap yang sama seperti peranti realiti maya HTC Vive Pro.

Peranti realiti maya HTC Vive Pro Full Kit ini boleh ditempah melalui laman web HTC Vive Pro pada harga £1,299.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NsKg6O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.