MIUI 11 Akan Mempunyai Integrasi Perisian Dan Perkakasan Yang Lebih Baik
MIUI 10 adalah antaramuka terkini daripada Xiaomi. Ia membawakan rekaan yang hampir sama dengan Android P dan mempunyai integrasi kecerdasan buatan. MIUI 10 belum lagi stabil, kini berita mengenai pembangunan MIUI 11 hadir di arena web.
Menurut Xiaomi rekaan MIUI sekarang sudah pun matang, mempunyai banyak ciri/fungsi, dan kehendak yang mencukupi untuk peranti dengan skrin bernisbah 16:9. Dengan kata lain, pembangunan MIUI sekarang adalah tidak universal kerana ia masih berasaskan kod yang dibina untuk peranti 16:9 dan bukannya rekaan yang memanjang seperti 18:9 dan ke atas.
Terkini, boleh dikatakan hampir semua peranti baru telah menggunakan skrin dengan nisbah yang memanjang. Jadi, pembangunan MIUI 11 yang akan datang akan lebih mendalam dan memfokuskan pengubahsuaian berasakan ciri/fungsi daripada perkakasan peranti. Xiaomi turut menegaskan di mana tiada perubahan yang mendadak antara MIUI 10 dan MIUI 11 – hanya integrasi antara perisian dan perkakasan akan lebih baik.
Pihak Xiaomi akan terus fokus kepada pembinaan MIUI 11 yang baru ini sebaik sahaja MIUI 10 selesai dibangunkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2u6wo9k
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment