"Amalan Makan Pisang Dan Avocado Mampu Elak Serangan Jantung Dan Strok." Doktor.
LONDON – Mengambil sebiji pisang dan avokado dalam rutin pemakanan harian dapat mengelak serangan jantung dan strok.
Lapor Mail Online, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Alabama di Birmingham, kandungan potasium dalam pisang boleh mengelakkan jantung daripada tersumbat termasuk menghalang arteri menjadi keras.
Kajian terdahulu mendedahkan saluran arteri yang tidak fleksibel dan keras meningkatkan risiko seseorang terkena serangan jantung atau strok.
Ketua pengkaji, Dr. Paul Sanders berkata, penyelidikan itu menunjukkan kebaikan pengambilan potasium sebagai makanan tambahan untuk mengelak sistem pembuluh darah menjadi keras.
Kumpulan pengkaji itu turut menjalankan satu ujian terhadap tikus yang berisiko terkena serangan jantung akibat diberi makanan mengandungi lemak tinggi.
Keputusan ujian mendapati saluran arteri tikus itu menjadi lebih keras berbanding selepas diberi makanan yang mengandungi potasium tinggi.
Sanders menjelaskan, kajian tersebut secara tidak langsung menunjukkan manfaat potasium sebagai makanan tambahan yang mencukupi untuk mencegah sistem pembuluh darah daripada terjejas.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mg3ekC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment