Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berang kalah, penyokong Indonesia serang skuad Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berang kalah, penyokong Indonesia serang skuad Malaysia

Malaysiakini 13 Jul 2018


Suar, botol, dan batu melayang di Stadium Stadium Gelora Delta Sidoarjo di Indonesia selepas pasukan Malaysia bawah 19 (B-19) melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Remaja B-19 AFF.

Tindakan itu didakwa dilakukan oleh penyokong Indonesia yang menyasarkan pemain Malaysia akibat berang dengan keputusan perlawanan.

Lebih 26,000 penyokong Indonesia yang menyaksikan perlawanan separuh akhir itu kecewa apabila kedudukan terikat 1-1 selepas masa tambahan berakhir.

Sepakan penalti akhirnya berpihak kepada Malaysia 3-2.
Menceritakan situasi tegang itu, jurulatih skuad Malaysia Bojan Hodak berkata dia dan anak buahnya terpaksa bergegas meninggalkan padang dengan bantuan pasukan keselamatan.

"Mereka baling botol dan batu ke arah kami. Mujur kami sempat meninggalkan padang tanpa kecederaan," katanya seperti dilapor NST.
Dalam sebuah klip video amatur yang memaparkan insiden itu, pemain Malaysia dilihat berlari dari tengah padang meluru ke bilik persalinan.
Pasukan keselamatan dilihat membuat bumbung perisai bagi menepis objek yang dibaling ke arah pintu masuk menuju ke bilik persalinan.

Penyokong bola sepak tempatan yang berang dengan insiden itu turut mendakwa penyokong Indonesia membuat provokasi sejak awal permainan dengan menaikkan sepanduk yang mengandungi kata kesat menghina Malaysia.

Mengulas perkara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sudah menghubungi persatuan bola sepak Indonesia dan kini sedang menunggu laporan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

"Saya telah menghubungi Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Joko Driyono dan beliau telah berjanji akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan pasukan B-19 kebangsaan ketika menjalani latihan pada hari ini dan juga ketika di hotel penginapan.
"Joko Driyono sebagai mewakili PSSI turut meminta maaf di atas insiden yang tidak diingini itu.

"Bagi pihak saya dan FAM, kami akan menunggu laporan daripada Match Commissioner (MC) dan pengadil sebelum mengambil apa-apa tindakan selanjutnya berhubung insiden ini," katanya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan rasa kecewa dengan insiden itu.

Melalui kenyataan di Twitter, Syed Saddiq berkata dia akan ke Indonesia malam ini bagi memastikan perkara sama tidak berulang.
"Amat menyedihkan. Pihak mereka dah berjanji akan perketatkan kawalan keselamatan untuk perlawanan sabtu ini.

"Saya akan ke Indonesia malam ni dan akan pastikan sebaik mungkin bahawa perkara ini tidak akan berulang, khususnya bagi Sukan Asia nanti," katanya.
Anak buah Hodak akan bertemu dengan pasukan Myanmar Sabtu ini di peringkat akhir sekali gus merupakan percubaan keenam skuad muda negara untuk merangkul juara.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NOBP5O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.