Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah Kurung Anak Kembar Usia 3 Tahun Dalam Kotak Kayu Yang Sempit, Pasangan Suami Isteri Di Tangkap Polis.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah Kurung Anak Kembar Usia 3 Tahun Dalam Kotak Kayu Yang Sempit, Pasangan Suami Isteri Di Tangkap Polis..



BRASILIA: Pihak berkuasa menemui sepasang kembar lelaki dikurung dalam sebuah kotak kayu kecil di tenggara Brazil.

Image result for Twins locked in a tiny wooden cage in Brazil |

Ketika disoal siasat polis, ibu bapa kanak-kanak berusia tiga tahun itu memberi alasan ia bagi membolehkan mereka melakukan kerja rumah dan di ladang tanpa sebarang gangguan.


Penemuan menggemparkan di bandar Aparecidinha di Espirito Santo itu dibuat selepas mereka menerima maklumat yang mendakwa pasangan suami isteri terbabit sering mengurung anak mereka dalam kotak kayu tersebut.

Susulan itu, ibu bapa kembar terbabit masing-masing berumur 37 dan 40 tahun telah diberkas kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak manakala mereka ditempatkan di bawah jagaan perkhidmatan sosial tempatan.


Hasil pemeriksaan ke atas mereka mendapati tiada tanda menunjukkan kedua-dua budak terbabit didera secara fizikal.

"Ruang di dalam kotak itu sangat sempit dan dibahagi dua bagi mengelakkan mereka dapat menyentuh antara satu sama lain. Selain itu, ibu bapa mereka juga tidak meletakkan alat mainan atau bantal untuk kembar terbabit," kata ketua polis tempatan, Kapten Sonimarcos.

Difahamkan, ibu bapa mereka telah dibebaskan selepas memberi keterangan kepada polis. - Daily Mail


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mh0KSV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.