Sultan Brunei lantik Steven Chong ketua hakim negara
Sultan Hassanal Bolkiah melantik Steven Chong Wan Oon sebagai Ketua Hakim di Mahkamah Besar berkuatkuasa 30 Jun.
PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melantik Steven Chong Wan Oon, sebagai ketua hakim negara bulan lepas.
Menurut agensi berita Brunei, Media Permata, pelantikan Steven selaku Ketua Hakim di Mahkamah Besar berkuatkuasa 30 Jun lalu, menggantikan Kifrawi Kifli yang selesai menjalankan tempoh perkhidmatannya.
Menurut bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, Brunei mengamalkan sistem dwi undang-undang seperti di Malaysia dan melaksanakan hukum hudud dan qisas, atau Perintah Kanun Kesalahan Jenayah Syariah 2013.
Hukuman hudud dan qisas diperkenalkan secara berperingkat sejak 2014 dan dikuatkuasakan ke atas orang Islam dan bukan Islam.
Peruntukan undang-undang lain masih berjalan seperti biasa dan dibicarakan di mahkamah sivil.
Hukuman hudud dan qisas diperkenalkan dalam keadaan Brunei yang mengamalkan sistem beraja mutlak dengan kuasa ke atas eksekutif dan perundangan, dan tidak ada sekatan keperlembagaan dalam bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NgfY6n
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment