Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Saintis Berjaya Cipta Ovari Buatan’.-Harapan Baharu Untuk Hamil Bagi Wanita Tidak Subur Akibat Jalani Kemoterapi.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Saintis Berjaya Cipta Ovari Buatan’.-Harapan Baharu Untuk Hamil Bagi Wanita Tidak Subur Akibat Jalani Kemoterapi..



LONDON - Wanita yang tidak dapat hamil kini mempunyai harapan baharu apabi­la saintis berjaya mencipta ovari buatan untuk tujuan itu.

Image result for Artificial ovary could help patients preserve fertility

Image result for Artificial ovary

Organ sintetik yang diperbuat daripada tisu wanita itu sendiri akan dipindahkan kepada wanita berkenaan yang menjadi tidak subur akibat menjalani rawatan perubatan dan seterusnya boleh menghasilkan ovari secara semula jadi.


Lapor Daily Mail, teknik terkini itu direka cipta bagi membantu golongan wanita dan gadis yang menjalani kemoterapi untuk merawat kanser.

Image result for Artificial ovary

Ubat kemoterapi boleh menyebabkan seseorang wanita ti­dak subur kerana ovari mereka menjadi rosak.

Image result for Artificial ovary

Gadis yang tidak mengalami tahap baligh boleh menjadi su­bur sebelum ovari mereka menghasilkan ovum atau telur.

Satu kaedah untuk meng­ha­lang keadaan ini adalah dengan membekukan tisu ovari yang menghasilkan ovum sebelum rawatan dan menggantikannya selepas rawatan.

Namun, pesakit kanser be­­ri­siko terdedah semula kepada sel kanser yang terkandung dalam tisu ovari yang dipindahkan.


Teknik baharu ini menghalang keadaan ini dengan membuang semua sel kanser dari tisu ovari dan meninggalkan hanya sarang protein yang tidak lagi me­ngandungi sel, menghapuskan kemungkinan kanser bakal berulang.

Sarang berkenaan menyediakan persekitaran untuk folikel pesakit yang menjana beratus-ratus telur untuk terus berkembang.

Image result for Artificial ovary

Ia kemudian boleh dimasukkan ke dalam badan pesakit dan membolehkan seseorang wanita menghasilkan telur secara semu­la jadi pada setiap bulan.

Eksperimen ini akan diumumkan oleh Dr. Susanne Pors dari Makmal Biologi Pembiakan Rigshospitalet di Copenhagen pada persidangan Persatuan Pembiakan dan Embriologi Manusia Eropah di Barcelona.


Dr. Pors berkata, teknik ovari buatan membolehkan telur manusia berkembang ‘dalam tisu yang bebas daripada bahaya’ di makmal.

Dalam percubaan lanjut pada tikus, dia berkata, mereka mendapati bahawa sel ovari telah berjaya dibangunkan.

Percubaan terhadap manusia dijangka dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lagi.






✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uyEyaB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.