Hi! Welcome Back and Stay Tune! Awas dengan bedak Johnson & Johnson, mampu penyebab kanser ovari ! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Awas dengan bedak Johnson & Johnson, mampu penyebab kanser ovari !

NEW YORK: Syarikat Johnson & Johnson diperintah membayar pampasan berjumlah AS$4.69 billion atau RM18.98 billion kepada 22 wanita dan keluarga mereka yang mendakwa bedak talkum bayi syarikat berkenaan mengandungi asbestos penyebab kanser.

Ini merupakan perkembangan terkini dalam keputusan kes itu yang menyaksikan ribuan saman difailkan ke atas syarikat farmasi gergasi Amerika Syarikat itu.

Menurut peguam mangsa, Mark Lanier, barisan juri yang terdiri daripada enam lelaki dan enam wanita di St Louis, Missouri, berpihak kepada mangsa selepas melalui proses perbicaraan selama enam minggu.

Perbincangan pihak juri yang membawa kepada keputusan itu pada Khamis, memakan masa selama lapan jam.

Bayaran AS$4.69 bilion itu termasuk pampasan bernilai AS$550 juta serta lebih AS$4.1 bilion ganti rugi punitif.

Semasa perbicaraan, wanita-wanita itu dan keluarga mereka berkata, mereka mendapat kanser ovari selepas menggunakan bedak bayi dan produk talkum lain syarikat itu selama beberapa dekad.

Daripada 22 wanita yang diwakili dalam kes ini, enam telah meninggal dunia akibat kanser ovari.

Peguam mereka mendakwa, syarikat itu tahu talkum itu dicemari asbestos sejak 1970-an tetapi gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risikonya.

Salah seorang plaintif, Gail Ingham (hadapan), bersama para peguam termasuk Mark Lanier (kanan) di luar mahkamah di St. Louis, 12 Julai, 2018. (Foto AP)

 

Dalam satu lagi kenyataan, Lanier berkata, Johnson & Johnson telah menutup bukti kehadiran asbestos dalam produk mereka selama lebih 40 tahun.

Beliau turut menggesa agar bedak talkum itu ditarik daripada pasaran.

Bagi pihak Johnson & Johnson pula, syarikat itu amat kecewa dengan keputusan mahkamah berkenaan.

Dalam kenyataannya, ia menyifatkan perbicaraan dijalankan melalui proses yang pada asasnya tidak adil.

Ini kerana, dakwa Johnson & Johnson, ia membolehkan plaintif diwakili kumpulan 22 wanita, kebanyakannya tiada kaitan dengan Missouri, dalam satu kes tunggal yang mendakwa kesemua mereka mendapat kanser ovari.

Justeru syarikat berkenaan akan mengemukakan rayuan memandangkan mereka yakin bahawa bedak talkum keluarannya tidak mengandungi asbestos atau penyebab kanser ovari.

 

Sumber :
– http://www.astroawani.com/berita-dunia/produk-mengandungi-asbestos-johnson-johnson-diarah-bayar-asd4-7-bilion-180435



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NhSE83

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.