Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu lawan buaya selamatkan anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu lawan buaya selamatkan anak

Ibu lawan buaya selamatkan anak|Jambi (Indonesia): Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa apabila nekad terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anak lelakinya berusia 11 tahun yang diheret buaya sejauh 15 meter ketika turun mengambil air untuk menyiram pokok bunga di halaman rumah mereka.

Detik News melaporkan, dalam kejadian jam 10.30 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu, di Kelurahan Teluk Dawan, Kabupaten Tanjung Jabung Timur, Jambi, Rasmi Dawan, 37, tidak berfikir panjang terus terjun dan berenang menyelamatkan anaknya Yadi Putra yang diterkam buaya di lengan kiri dan diheret ke dalam air.

“Saya beranikan diri menyelam ke sungai untuk merebut anak daripada gigitan buaya itu. Tiba-tiba tanpa disangka, buaya itu melepaskan gigitannya.

“Ketika itu saya tidak peduli langsung jika ada buaya lain menyerang kerana cuma mahu menyelamatkan anak yang sudah terseret 15 meter,” katanya.

Katanya, sungai itu memang mempunyai buaya, namun Yadi tidak melihat haiwan yang menerkamnya disebabkan keadaan gelap.

Menurut Tribun, penduduk kampung yang mendengar kekecohan itu kemudian membantu membawa Yadi yang cedera teruk pada tangan kirinya ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Wilayah III BKSDA Jambi, Faried berkata, satu pasukan dikerahkan ke sungai itu untuk menangkap dan memindahkan buaya berkenaan.

“Sungai itu memang habitat buaya, malah pernah ada kejadian penduduk dibunuh haiwan itu pada 2010,” katanya.

Keberanian Rasmi mendapat perhatian umum dengan Ketua Polis Resor Tanjung Jabung Timur, Superintendan Marinus Marantika Sitepu memberikan penghargaan kepadanya dalam satu upacara sempena Hari Bhayangkara ke-72 di lapangan Polres Tanjabtim.

The post Ibu lawan buaya selamatkan anak appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zwwGMA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.