Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kandungan Asbestos Berbahaya Dalam Bedak.' Syarikat Johnson & Johnson Diperintah Bayar RM18.6 Bilion Punca 22 Wanita Hidapi Kanser Ovari.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kandungan Asbestos Berbahaya Dalam Bedak.' Syarikat Johnson & Johnson Diperintah Bayar RM18.6 Bilion Punca 22 Wanita Hidapi Kanser Ovari..



SYARIKAT gergasi farmaseutikal Johnson & Johnson diperintahkan untuk membayar lebih £3.5 bilion (RM18.6 bilion) kepada 22 wanita yang mendakwa bedak keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami kanser lapor mStar.

Image result for Johnson & Johnson 22 women with ovarian cancer

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Missouri di Amerika Syarikat dan syarikat tersebut dikaitkan dengan 9,000 kes yang serupa.


Mangsa mendakwa mereka menghidapi kanser ovari kerana talkum termasuk bedak bayi keluaran Johnson & Johnson mengandungi asbestos.

Peguam kepada wanita terbabit, Mark Lanier meminta agar produk Johnson & Johnson dikeluarkan daripada pasaran sebelum mengakibatkan penyakit yang lebih teruk dan kematian berlaku.


"Jika Johnson & Johnson berkeras untuk menjual bedak mereka, mereka perlu paparkan tanda amaran," kata Lanier.

Pada Khamis, perintah tersebut diumumkan oleh Mahkamah Litar City of St. Louis dan dilaporkan perintah bayaran itu meliputi wang pampasan sebanyak AS$550 juta (RM2.2 bilion) dan AS$4.14 bilion (RM16.75 bilion) pula sebagai ganti rugi yang membebankan.


Kesemua mangsa dan keluarga mereka berkata, mereka telah menggunakan bedak bayi tersebut sejak berdekad lamanya dan produk kosmetik talkum keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami penyakit.

Mereka mendakwa syarikat itu mengetahui bahawa bedak keluaran mereka mengandungi bahan tercemar iaitu asbestos sejak sekurang-kurangnya pada tahun 1970-an tetapi gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko tersebut. - Mirror UK



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mh0fs1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.