Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Najib Hidap Kanser Tahap 4, Sukar Bayar Bil Rawatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Najib Hidap Kanser Tahap 4, Sukar Bayar Bil Rawatan




Puteri Norlisa, anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghidap kanser tahap empat (akhir), dilaporkan tertekan susulan pembekuan akaun banknya.

Adiknya, Datuk Mohd Nazifuddin berkata, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norlisa, 37, sukar membayar bila hospital bagi rawatan kimoterapi bagi kanser darah, lapor Utusan Online.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser.

“Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata.

SPRM baru-baru ini dilapor membekukan akaun Puteri Norlisa bersama anak Najib yang lain, iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman dan Mohd Nizar susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Norlisa dilapor dikesan menghidap kanser tiga bulan lalu dan kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.

“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata.

Laporan itu tidak menyebut Norlisa dirawat di hospital mana.

Nazifuddin berharap kerajaan Pakatan Harapan lebih prihatin terhadap nasib kakaknya.

Sementara itu, Najib dalam kenyataannya di Facebook hari ini mendedahkan cek peribadinya untuk membayar bil hospital anaknya ditendang bank.

Perkara itu membuatkan beliau sedar akaun banknya dibekukan.

Najib bagaimanapun berkata beliau difahamkan akaun bank anak-anaknya tidak lagi dibekukan bermula pagi ini.

Beliau justeru berkata, tindakan itu membuktikan pembekuan sebelum ini sebenarnya tidak berasas.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2m9lSKG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.