Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak bayar yuran, budak tadika dikurung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak bayar yuran, budak tadika dikurung

Tak bayar yuran, budak tadika dikurung
NEW DELHI - INDIA Sekurang-kurangnya 16 murid tadika didakwa dikurung di bahagian ruang bawah tanah sebuah sekolah di Delhi, gara-gara ibu-bapa mereka gagal menjelaskan yuran kepada pihak pentadbiran.

Kejadian itu berlaku di sekolah perempuan di daerah Hauz Qazi, awal minggu ini.
Ibu-bapa murid terbabit mendakwa anak-anak mereka dikurung dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dalam suhu panas yang ekstrem.
Mereka turut mendakwa, kesemua murid terbabit dibiarkan tanpa makanan dan air.

"Saya telah menjelaskan yuran sekolah, tetapi anak saya tetap dihukum. Biarpun saya telah tunjuk bukti pembayaran, pengetua enggan meminta maaf dan tidak menyesal dengan perbuatannya," kata Zia-Ud-Din.
Sementara itu, polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

"Kami telah mendaftarkan kes ini di bawah Seksyen 75 Akta Keadilan Juvana. Kami akan menyiasat perkara ini," kata polis kepada agensi berita ANI. - NDTV


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LaAcxE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.