Hi! Welcome Back and Stay Tune! Johari Abdul tolak jawatan speaker Dewan Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Johari Abdul tolak jawatan speaker Dewan Rakyat

 | July 11, 2018
Ahli Parlimen Sungai Petani berkata ini bagi mengelakkan pilihan raya kecil di DUN Gurun yang juga disandangnya.
Johari berkata Perlembagaan menetapkan dia perlu melepaskan jawatan Adun jika terpilih menjadi speaker. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Seri Johari Abdul hari ini mengesahkan dia menolak jawatan speaker Dewan Rakyat.
Beliau berkata ini bagi mengelakkan pilihan raya kecil diadakan di DUN Gurun, Kedah yang juga disandangnya.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 57(4) jelas menyatakan sekiranya speaker dilantik dalam kalangan seorang Adun, maka Adun itu mesti melepaskan jawatannya di peringkat DUN.
“Saya tidak bersedia untuk melepaskan. Jadi, jawatan ini akan pergi ke orang lain, nama saya sudah tersingkir,” katanya.

Johari bagaimanapun enggan mendedahkan calon lain yang disenaraikan untuk jawatan speaker Dewan Rakyat, dan meminta pemberita menunggu pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, kumpulan bekas pegawai tinggi kerajaan, G25, membantah pencalonan Johari kerana latar belakangnya sebagai bekas ketua Ahli Parlimen PKR dan pernah terbabit dengan Biro Tatanegara (BTN), agensi yang dikritik selepas didakwa digunakan untuk indoktrinasi perkauman.
G25 menggesa Pakatan Harapan mengangkat calon yang neutral dan lebih layak untuk melaksanakan reformasi Parlimen.

Terdahulu, sumber memberitahu FMT, hakim Mahkamah Rayuan yang bersara, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunos menjadi pilihan untuk jawatan speaker Dewan Rakyat.

Rancangan melantik seorang Ahli Parlimen mungkin diabaikan kerana terdapat kebimbangan ia tidak sesuai dengan janji memastikan perbahasan yang adil.
Sumber berkata 2 bekas hakim itu disukai bukan sahaja kerana pengetahuan undang-undang, tetapi juga kerana tiada kesetiaan politik yang ditunjukkan ketika bertugas dulu.

Sumber juga memberitahu mereka menjadi pilihan walaupun mendapat tekanan daripada PKR supaya melantik orangnya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2utGhhE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.