Ketua Hakim Negara Baharu Pernah Benarkan Lina Joy Murtad
Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu malam ini berkuat kuasa hari ini.
Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara.
Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.
Malanjum yang juga bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai.
Terdahulu Richard Malanjum pernah menggemparkan negara apabila membenarkan permohonan Azlina Jailani atau lebih dikenali sebagai Lina Joy untuk murtad pada tahun 2007.
Pun begitu ia langsung tidak menimbulkan kegusaran dalam hati sanubari Mahathir untuk menamakan Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara. Inilah Malaysia baharu. Individu yang membenarkan murtad diangkat menjadi KETUA dibidang kehakiman.
Semoga Allah menyelamatkan Malaysia. Semoga Allah menyelamatkan kita semua.
Sumber: http://abuleman.blogspot.com/2018/07/ketua-hakim-negara-baharu-pernah-benar-murtad.html?m=1
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2m97Etr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment