Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah Tangguh Untuk Dijual.” Ustaz Kazim.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah Tangguh Untuk Dijual.” Ustaz Kazim..


IPOH: Penjualan Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini, akan ditangguhkan buat sementara kerana perlu melakukan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terlebih dahulu.

Pengasas dan Pengetua pusat berkenaan, Datuk Mohd Kazim Elias berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.


"Saya menerima panggilan daripada pihak kerajaan negeri pagi ini yang mahu berbincang dengan saya mengenai masalah yang dihadapi pusat ini.

"Selepas perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri saya akan mengumumkan keputusan sama ada menutup atau tidak unit tahfiz pada Ogos ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Image result for Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penjualan unit tahfiz berkenaan yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Pusat Pendidikan Al-Barakah yang beroperasi pada 2006 mempunyai tiga unit iaitu Tahfiz Al-Quran, Pondok Pengajian Dewasa dan Tadika Nurul Barakah.


Pendakwah terkenal itu berkata sekiranya unit tersebut dijual notis akan dikeluarkan dalam tempoh empat bulan bagi membolehkan pihak yang berkenaan membuat perancangan.

"Untuk menutup pusat tahfiz ini bukannya hari ini cakap esok tutup. Pelajar di sini mempunyai keluarga dan kami kena beri masa untuk keluarga mereka mencari sekolah lain, begitu juga dengan 25 kakitangan di unit tahfiz ini," katanya.

Image result for Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi

Mohd Kazim menjelaskan penjualan unit tahfiz itu kerana beliau tidak mampu membiayai kos keseluruhan unit berkenaan yang berjumlah kira-kira RM150,000 sebulan.

Katanya, kos tersebut membabitkan membabitkan RM60,000 gaji kakitangan serta guru dan selebihnya untuk bayaran kemudahan termasuk makan, minum serta pengurusan.

Beliau berkata kos pengurusan unit tahfiz tersebut dibiayai oleh wang hasil daripada kuliah dan ceramahnya bukan dana daripada pelbagai pihak termasuk parti politik.


"Saya tidak pernah meminta dana daripada mana-mana pihak termasuk parti politik sebelum ini untuk menguruskan pusat ini. Kos keseluruhan dibiayai menggunakan wang hasil kuliah, ceramah saya serta penjualan produk seperti buku dan cakera padat milik saya dengan kerjasama pihak penerbitan," katanya.

Menurut Mohd Kazim, beliau tidak dapat membiayai unit tersebut kerana kuliah dan ceramahnya dibatalkan di saat akhir sehingga menyebabkan sumber pendapatan digunakan untuk membiayai pusat berkenaan terjejas.

"Saya tidak tuduh sesiapa dan tidak mahu tuduh sesiapa kerana ceramah saya dibatalkan oleh penganjur di saat akhir dan ada yang dibatalkan selepas saya dah sampai di bilik menunggu," katanya sambil menambah pembatalan ceramah berlaku sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Kredit: BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Na6YPQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.