Hi! Welcome Back and Stay Tune! Prestij, glamor sebab bukan Bumiputera lebih ramai sertai polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Prestij, glamor sebab bukan Bumiputera lebih ramai sertai polis

Polis menjadi pilihan belia bukan bumiputera di Malaysia berbanding tentera kerana dipandang lebih tinggi dalam masyarakat mereka.
Anggota bukan Bumiputera dalam pasukan polis agak cepat dinaikkan pangkat kerana boleh dilihat dengan lebih mudah kerana sifat pasukan itu sendiri yang terdedah kepada orang ramai, berbanding penyertaan mereka dalam tentera yang lebih “tertutup” daripada pengetahuan umum. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Prestij, glamor dan peluang lebih cerah menjadi sebab ramai belia bukan Bumiputera lebih berminat menyertai pasukan polis berbanding menjadi seorang anggota tentera.
Dua belia bukan Bumiputera, Chin Wai Lun dan Mary Magdalance Fernnadez, ketika dihubungi FMT berkata, anggota polis lebih dikenali kerana dedikasi dan pengorbanan mereka lebih dekat dan dapat dilihat oleh orang ramai, berbanding anggota tentera yang kurang berpeluang untuk rapat dengan komuniti.
“Kami mahukan pekerjaan yang boleh dibanggakan dan dipandang tinggi oleh masyarakat, jadi belia bukan Bumiputera lebih berminat menjadi seorang anggota polis kerana ia lebih dipandang tinggi serta nampak glamor,” kata Wai Lun dan Mary.
Sentimen yang sama turut dikongsi oleh pegawai khidmat pelanggan, Nigel Christie Samuel yang percaya status perkhidmatan polis lebih terdedah dan dipandang tinggi oleh belia bukan Bumiputera berbanding tentera.
“Antara menjadi anggota tentera dengan polis? Jelaslah polis lebih menjadi pilihan kerana statusnya lebih dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat India,” katanya.
Kerajaan sebelum ini mengambil inisiatif meningkatkan jumlah pengambilan anggota polis lebih 6,000 pegawai dan anggota pangkat rendah bagi tahun ini, berbanding hanya 1,700 anggota pada tahun lepas, selain berusaha menarik lebih ramai anggota baru dalam kalangan bukan Bumiputera.
Bagi 2 mahasiswa universiti, Wayne Shu Guo Qui dan Moh Nian Sheng, belia bukan Bumiputera dalam pasukan itu agak cepat dinaikkan pangkat kepada pegawai dan boleh dilihat dengan lebih mudah kerana sifat pasukan itu sendiri yang terdedah kepada orang ramai, berbanding penyertaan mereka dalam ketenteraan yang lebih “tertutup” daripada pengetahuan umum.
“Saya lihat orang bukan Bumiputera yang menyertai polis kebanyakan mereka mendapat kenaikkan pangkat lebih cepat dan orang Cina memilih untuk menjadi anggota kerana pencapaiaan mereka dalam polis sangat ketara berbanding tentera,” kata Shu Guo.
Menurut bekas Sarjan Mejar Morgan Thanan, pada zaman beliau menjadi polis, belia bukan Bumiputera mempunyai minat yang mendalam dalam diri mereka untuk menjadi anggota kerana diilhamkan oleh filem Tamil, terutama dari segi pembelaan masyarakat yang tertindas dan dianiayai.
“Belia macam saya dalam kalangan bukan Bumiputera konsisten dan lebih berminat untuk sertai polis. Orang India memang berminat sertai polis kerana terdedah dengan filem Tamil yang banyak memaparkan kelebihan dan kekurangan menjadi anggota pasukan itu.
“Pada tahun 1980-an mereka cuma harapkan media untuk paparkan dan mengajak orang bukan Bumiputera menyertai polis kerana pada waktu itu tidak banyak pendedahan daripada ibu bapa dan kawan.
Menurut Morgan, orang India yang tinggal di pedalaman mononton banyak filem Tamil dan lebih berminat menjadi pegawai polis kerana pemaparan watak mereka dalam filem tersebut. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mcJPRi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.