"Aidiladha tiada makna tanpa dia.." - Luahan seorang bapa, anak gadis hilang
Ini merupakan luahan hati seorang bapa yang terlalu rindukan dan risau keadaan anaknya yang masih bawah umur yang telah hilang selama 3 bulan.
Muhammad Samuddin Mat Salleh, 50 tahun merupakan bapa kepada Mirsya Safiyyah, 16 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 26 April yang lepas.
Mirsya dipercayai telah dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenalinya ke negara jiran.
Samuddin berkata dia tidak ada membuat sebarang persediaan menjelang Aidiladha kerana hanya fokus untuk mengesan anak sulungnya itu yang masih hilang sudah lebih 3 bulan.
Ini komen Samuddin melalui BH.
TAK SAMBUT RAYA
"Aidiladha yang bakal disambut Rabu ini tiada makna buat kami sekeluarga selagi anak saya yang hilang sejak empat bulan lalu belum ditemui.
"Ini hari raya kedua kami berduka dan tidak menyambutnya seperti sebelum ini kerana dalam fikiran kami hanya mahu Mirsya Safiyyah dikembalikan dengan selamat"
"Macam mana kami nak menyambut Aidiladha dengan keadaan serabut memikirkan Mirsya Safiyyah yang sehingga kini tidak tahu keadaan sama ada sihat atau tidak.
MIRSYA MASIH BAWAH UMUR
"Anak saya masih di bawah umur dan Disember ini genap 16 tahun usianya. Jika dia mengikut lelaki berkenaan sekali pun, dia tetap dikira culik kerana masih di bawah umur dan lelaki berkenaan juga dalam pengawasan polis kerana terdapat rekod jenayah.
"Anda semua tidak berada dalam situasi saya, jadi anda boleh membuat pelbagai andaian. Ketahuilah sejak kejadian ini berlaku, kehidupan kami berubah seratus peratus kerana terlalu memikirkan keselamatan anak tersayang"
RAYU POLIS DAPAT CARI ANAK
Tambah Samuddin lagi, pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan anaknya itu. Dan beliau amat percaya keluarga lelaki berkenaan ada menyembunyikan anaknya sehingga umurnya genap 16 tahun bagi membolehkan mereka berkahwin di negara Thailand.
"Pelbagai perkara dalam pemikiran saya dan saya merayu serta berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan anak saya yang kini dipercayai berada di negara jiran itu"
Mirsya anak sulung Samuddin telah hilang dipercayai dilarikan ke Thailand oleh lelaki berusia 19 tahun.
Sepatutnya, Mirsya Safiyyah bakal berdaftar belajar di Kolej Vokasional di Tangok, Bachok dalam bidang jahitan pada 27 April yang lalu.
Khabarnya Mirsya dilarikan sehari sebelum tarikh pendaftaran belajar di kolej berkenaan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan menyatakan siasatan berhubung kes itu masih dijalankan. -PENMERAH
Sumber: Berita Harian / UTUSAN
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2w0GSZt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment