Wakil rakyat PAS samakan akta berita palsu dengan poligami
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, lelaki berpoligami tidak bermakna isteri pertama, ke-2 dan ke-3 tidak baik, tetapi dengan adanya isteri ke-4 menjadikan keluarga itu lebih baik.
DEWAN RAKYAT
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (PAS-Pasir Puteh) didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat seksis dalam sesi perbahasan pemansuhan Akta Anti-berita Tidak Benar.
Ia bermula dengan tindakan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) menegur Zawawi membandingkan sifat Tun Dr Mahathir Mohamad (PH-Langkawi) ketika bersama Barisan Nasional (BN) dan PPBM, yang disifatkannya tidak adil untuk menilai orang lain.
“Saya rasa Pasir Puteh boleh beri kiasan yang lain, apabila berkaitan isu berita tidak benar. Apabila katakan seseorang ini jahat dan sekarang baik atau sekarang ini jahat, dahulu baik.
“Manusia ini selagi tidak dikafankan, kita tidak tahu sama ada dia baik atau jahat, maka saya rasa tidak adil untuk berikan contoh berkenaan,” kata Azrina.
Zawawi membalas teguran itu dengan berkata: “Itulah dia, orang perempuan dia berhujah.”
Beberapa ahli Parlimen lain, termasuk Wong Shu Qi (PH-Kluang) dan Azrina sendiri menuntut Zawawi menarik balik kenyataannya.
Setiausaha Majlis Syura Ulama itu yang enggan berbuat demikian berkata: “Apa benda yang saya sebut? Akta ini kalau dimansuhkan, ada implikasi besar kepada negara.”
Beliau menyamakan tindakan kerajaan terdahulu meluluskan Akta Anti-berita Tidak Benar seperti lelaki berpoligami.
“Saya ibaratkan menambah Akta Anti-berita Tidak Benar ini seperti orang lelaki dia tambah isteri, bukan bermakna apabila lelaki tambah isteri dia katakan isteri pertama, ke-2 dan ke-3 tidak baik, tetapi tambah yang ke-4 akan menjadikan lebih baik dalam keluarga.”
Terdahulu, Zawawi menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang meminta pandangannya mengenai perbezaan Dr Mahathir ketika bersama BN dan PH.
“Kalau Langkawi buat salah waktu ketika Umno dulu salah, tetapi bila dia masuk ini tidak salah,” kata Zawawi
FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Mmy7Dh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment