Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia berminat manfaat teknologi AliBaba, kata Dr Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia berminat manfaat teknologi AliBaba, kata Dr Mahathir

 | August 18, 2018
Perdana menteri berkata Alibaba Group berjaya memanfaatkan sepenuhnya teknologi moden demi kepentingan rakyat.
VIDEO INSIDE
Dr Mahathir berkata Alibaba sangat memahami kehebatan
 teknologi dan perniagaan dalam talian yang dihasilkan mengambil
 kira sistem penyampaian akaun, kepantasan serta akses kepada 
maklumat dan data.

HANGZHOU: Malaysia berminat meneroka teknologi e-dagang terkemuka dunia kumpulan Alibaba bagi manfaat rakyat Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana menteri berkata Alibaba Group Holding Ltd telah memanfaatkan sepenuhnya teknologi moden demi kepentingan rakyat.
“Kami mahu memanfaatkan idea teknologi moden anda supaya ia memberi faedah kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika melawat ibu pejabat Alibaba di tempat asal pengasasnya, Jack Ma di sini.

Dr Mahathir berkata Alibaba sangat memahami kehebatan teknologi, sambil memberitahu perniagaan secara dalam talian yang dihasilkan mengambil kira sistem penyampaian akaun, kepantasan serta akses kepada maklumat dan data.
Perdana menteri, yang kini memasuki hari kedua lawatan rasmi selama 5 hari ke China bercakap di hadapan Ma dan pasukan pengurusan tertingginya pada sesi taklimat oleh kedua-duanya di ibu pejabat syarikat itu.
Berkongsi pengalamannya sendiri dalam mengusahakan perniagaan kedai roti, perdana menteri memberikan contoh perniagaan seumpama itu boleh dijual di pasaran kecil tanpa dalam talian, namun mampu mencecah sehingga 90,000 orang jika dipasarkan secara dalam talian.
Katanya pasaran itu mungkin boleh diperluaskan lagi sekiranya ditambah baik dengan sistem penyampaian (pintu ke pintu), kepantasan serta menggunakan sepenuhnya akses kepada maklumat dan data, kata Dr Mahathir yang memulakan perniagaan kedai roti tersebut selepas melepaskan jawatan perdana menteri pada 2003.

Ma berkata beliau sebenarnya mendapat ilham untuk menceburi perniagaan tersebut sejak 23 tahun lepas, semasa pelancaran Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) oleh Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri keempat.
“Apabila kali pertama saya mendengar mengenai MSC, saya tidak tahu apa-apa mengenai Internet. Terima kasih tuan di atas inspirasi itu,” kata Ma yang mengurus syarikat berkenaan dengan modal pasaran sebanyak AS$542 bilion sehingga akhir Jun lepas.

Diasaskan pada 1999, Alibaba kini merupakan satu daripada 10 syarikat paling besar dan bernilai tinggi di dunia dengan operasi di lebih 200 negara.

Ma berkata syarikat itu menyasarkan jualannya mencecah US$1 trilion tahun depan atau bersamaan Keluaran Dalam Negara Kasar sebuah negara.
Beliau berhasrat membantu dan berkongsi teknologi Alibaba kepada perniagaan kecil serta golongan belia di seluruh dunia.

“Saya mahu membantu perniagaan kecil, melahirkan lebih banyak pekerjaan untuk generasi muda dengan teknologi yang ringkas, murah dan mudah digunakan,” katanya.

Alibaba mengubah bandar raya di timur China yang mempunyai kira-kira 10 juta penduduk, dan terkenal kerana keindahan semula jadi dan warisan budaya, dalam metropolis berteknologi tinggi itu.

Kebanyakan penduduk di sini dan di seluruh negara membeli-belah dengan mengimbas telefon bimbit masing-masing.
Ma berkata, bagi Malaysia pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan oleh kumpulan itu bagi membangunkan infrastruktur inovatif dan inklusif.

Ini termasuk platform perdagangan antarabangsa sehenti bagi membantu PKS menjual produk masing-masing di peringkat global, pusat data awan termasuk membangunkan sistem pengurusan trafik di Kuala Lumpur bagi menangani kesesakan dan hab e-logistik bagi memberi perkhidmatan kepada keperluan logistik, di pasaran Asia.

Dr Mahathir yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking turut meninjau ibu pejabat AliBaba berkenaan.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BluMPM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.