Hi! Welcome Back and Stay Tune! Filem Hantu Kak Limah Catat Sejarah, Filem No 1 Di Malaysia, Kutipan Mencecah RM20.5 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Filem Hantu Kak Limah Catat Sejarah, Filem No 1 Di Malaysia, Kutipan Mencecah RM20.5 Juta



Filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam ketika ini ialah filem Hantu Kak Limah.

Hantu Kak Limah diarahkan oleh pengarah yang hebat iaitu Mamat Khalid. 

Barisan pelakon yang terlibat di dalam filem ini ialah Awie, Delimawati, Ropie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose dan ramai lagi.

Ramai juga pelakon cameo yang muncul dalam filem ini seperti Dato Seri Vida, Erra Fazira dan juga Jue Aziz.



Dalam perkembangan terkini, filem bergenre seram komedi ini telah mencatat sejarah sebagai filem mencapai kutipan tertinggi di Malaysia.

Kutipan terkini sudah mencecah RM20.5 juta dan ianya masih lagi ditayangkan sehingga ke hari ini.

Ini sekaligus telah menewaskan filem Abang Long Fadhil 2 dan juga filem Polis Evo.



Berita gembira ini diumumkan oleh Astro Shaw:

"HANTU KAK LIMAH CATAT SEJARAH TANGGA PERTAMA BOX OFFICE MALAYSIA, RM20.5 JUTA

"Dengan rasa syukur, Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim termasuklah pengarah Mamat Khalid , barisan pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura serta rakan media dan rakan pemamer yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem HKL di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.



Filem ini merupakan kronologi ketiga untuk filem Hantu Kak Limah.

Sebelum ini ianya bermula dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (pada tahun 2010) dan kemudian filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (pada tahun 2013)

Filem ini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos 201.


Tahniah kepada semua yang terlibat dengan filem Hantu Kak Limah.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L7mcE1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.