Gagal dapat kewarganegaraan gara-gara enggan bersalam
LAUSANNE - SWITZERLAND. Permohonan satu pasangan Muslim di bandar Lausanne untuk mendapatkan kewarganegaraan Switzerland ditolak berikutan keengganan bersalaman dengan individu berlainan jantina.
Datuk Bandar Lausanne, Gregoire Junod berkata, pihak suruhanjaya perbandaran dilaporkan tidak meluluskan permohonan pasangan itu dengan alasan mereka tidak menghormati kesaksamaan jantina.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Junod berkata pasangan terbabit tidak bersalaman dengan individu berlainan jantina dan menghadapi kesukaran menjawab soalan yang dikemukakan ketika sesi penilaian.
Sebelum permohonan mereka ditolak, pasangan tersebut dikatakan disoal pihak suruhanjaya perbandaran untuk menilai sama ada mereka memenuhi kriteria bagi mendapatkan taraf warganegara.
Sementara itu, naib datuk bandar, Pierre-Antoine Hildbrand turut menyatakan sokongannya terhadap keputusan suruhanjaya menolak permohonan berkenaan.
Keputusan itu datang sehari selepas sebuah mahkamah Sweden memutuskan untuk memberi pampasan kepada seorang wanita Islam berusia 24 tahun yang temuduganya ditamatkan kerana enggan berjabat tangan dengan seorang lelaki.
Menurut mahkamah, Farah Alhajeh berhak mendapat pampasan bernilai $4,350 (RM17,849) dari syarikat yang mendiskriminasi tindakannya untuk tidak berjabat salam dengan penemuduga lelaki ketika sesi temuduga.
Mahkamah buruh Sweden berhujah bahawa keengganan wanita Islam untuk berjabat tangan kerana sebab agama adalah dilindungi oleh Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah. - Press TV

✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BoURxt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment