Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Mate 20 Dengan Rekaan Takuk Kecil Dan Tri-Kamera Yang Unik Tertiris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Mate 20 Dengan Rekaan Takuk Kecil Dan Tri-Kamera Yang Unik Tertiris

Huawei Mate 20 ialah peranti mercu yang amat dinantikan kemunculannya kerana bakal menjadi yang pertama menggunakan pemproses terkini Kirin 980. Rekaan untuk Mate 20 Lite telah tertiris sebelum ini dan pagi ini rekaan sebuah lagi model Mate 20 dengan tri-kamera telah tertiris.

Susunan tri-kamera yang digunakan kali ini amat unik kerana disusun di dalam grid 2X2 bersama dengan flash dwi-tona. Kedudukan kamera juga terletak di tengah dan bukannya pada bucu seperti P20 Pro. Takuk gergasi digantikan dengan rekaan takuk kecil titisan air seperti yang ditemui pada Essential Phone, Oppo F9 dan Vivo X23. Terdapat juga sebuah bicu audio 3.5mm pada bahagian atas peranti tidak seperti pada P20 Pro.

Akhir sekali ia dikatakan bakal dilengkapi skrin 6.3″ AMOLED, bateri sebesar 4200 mAh, sokongan pengecasan tanpa wayar dan menggunakan Android Pie dengan pelancar EMUI 9.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LdzoqM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.