Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Islam Somalia menang pencalonan Demokrat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Islam Somalia menang pencalonan Demokrat

Sinar, 16 Ogos 2018

 Ilhan Omar
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ilhan Omar meraih kejayaan dalam pencalonan gabenor Demokrat di Minnesota, meletakkannya di landasan menjadi wanita Islam pertama dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS).

Ilhan Omar – seorang pembuat dasar negeri keturunan Somalia-Amerika, beragama Islam dan memakai tudung, diisytiharkan menang dalam pencalonan Kongres, keputusan dilaporkan media AS.
“Ilhan Omar diisytiharkan pemenang pencalonan dalam perlumbaan untuk Kongres bagi mewakili Daerah Kelima Minnesota.

“Sebagai penduduk pelarian pertama dipilih ke Kongres (wanita Islam kedua selepas Rashida Tlaib dari Michigan), Ilhan akan memberi perspekstif unik dan tenaga baharu kepada ibu kota negara,” kata kenyataan di laman webnya.

Tlaib, 42, bekas pekerja sosial, menang pemilihan Demokrat minggu lalu untuk kerusi dianggap selamat di Detroit. Tanpa calon Republikan atau pihak ketiga, beliau dijangka menganggotai Kongres menerusi pilihan raya pertengahan penggal November ini. - AFP



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L39kyQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.